Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR (Mujahidah yang telah ke alam sana)

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 29, 2013 6:27 PM


 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah





sumber dari : FACEBOOK






PaRaS RuPa vs AgAmA

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 22, 2013 5:06 PM

Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti... InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam nie ada kuliah kat masjid..
ABANG SAYANG ISTERI ABG.... (^^ ,)
Allahurabbi...

10 Peringkat Syaitan Buka Aurat Wanita Secara Halus

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, January 14, 2013 1:29 PM

Bacalah Artikel 10 Peringkat Syaitan Buka Aurat Wanita Secara Halus ni kerana sejak dari awal kewujudan manusia, syaitan tak pernah jemu untuk menghasut manusia ke arah kemungkaran.Dan kepada wanita, berjaga-jagalah. Tanggungjawab anda sama beratnya seperti tanggungjawab seorang suami dan ayah. Semoga bermanfaat…

1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat.

Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.



2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.”



Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”



3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.”

Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.



4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.”

Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).



5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatas. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.”

Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.



6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.”

Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.



7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.”

Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.



8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.”

Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.



9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.”

Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.



10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya.

Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan;
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK ANAK

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 8, 2013 10:33 AM

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian sirat

Saya CnP dari group lain...moga ada manfaat

Hati Rosak dan Ubatnya

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:32 AM

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Antara tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.

4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.

10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Penyakit hati:

1) Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).

2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.

3) Hasad dan dendam kesumat.

4) Sombong, bangga diri dan ego.

5) Bohong dan berputus asa.

6) Cinta mendalam kepada selain Allah.

7) Ikut hawa nafsu.

8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).

9) Takut kepada selain Allah.

10) Belot dan khianat.

11) Suka memaki hamun orang lain.

12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.

13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.

KEUTAMAAN MEMBACA DAN MEMPELAJARI AL-QURAN

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, January 3, 2013 4:22 PM

“Dan tiadalah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah membaca Kitabullah (Al-Qur’an) dan mempelajarinya, kecuali akan dikelilingi Malaikat, dianugerahi ketenangan, diliputi rahmat dan disebut-sebut Allah di hadapan mahluk yang dekat kepada-Nya” (HR. Muslim).

Hadits tersebut menyebutkan bahwa orang yang membaca dan mempelajari Al-Qur’an, akan mendapat empat keutamaan:

1.Para Malaikat akan mengelilingi orang-orang yang sedang belajar Al-Qur’an. Maksudnya, ikut mendengarkan bacaan mereka, menyalami dan memelihara mereka dari berbagai bala’ dan musibah.

2.Orang-orang yang membaca atau mendengarkan Al-Qur’an akan dianugerahi ketenangan jiwa. Maksudnya, ia akan berhati bersih berkat cahaya Al-Qur’an, hilang rasa kebimbangan dan kegundahan jiwanya, kemudian dilimpahi cahaya Ilahi dalam hatinya. Ketenangan jiwa inilah yang membawa dirinya taat kepada Allah sehingga menjadi sehat jasmani dan rohaninya.

3.Membaca dan mendengar Al-Qur’an akan mendapat limpahan rahmat dan barokah dari Allah.

4.Orang yang mempelajari Al-Qur’an akan disebut-sebut Allah dikalangan para Malaikat.

•♥• memahami air mata wanita •♥•

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 4:20 PM

"...Menjadi seorang wanita adalah pilihan.
Bukan engkau yang memilihnya, tapi DIA
yang memilihkannya untukmu. Aku tahu,
Allah penggenggam segala ilmu. Sebelum
Ia ciptakan engkau,Ia pasti punya
pertimbangan khusus, hingga akhirnya saat engkau lahir ke dunia, Ia
menjadikanmu wanita. Engkau harus
sadar, tidak
main-main Allah mengamanahkanini
padamu...! Karena kutahu, wanita adalah
makhluk yang luar biasa. Yang dari rahimnya bisa terlahir manusia semulia
Rasulullah atau manusia sehina Fir'aun..."

♥• ALLAH menciptakan wanita dengan
berbagai keutamaan dan kelebihan
Di ciptakan bahunya agar ia mampu
menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Dan di saat yang sama, bahu itu cukup
nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

♥• Wanita memliki keperkasaan, yang
akan membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua orang sudah
putus asa.

♥• Wanita memliki kesabaran untuk
merawat keluarganya walau ia letih,
sakit, lelah namun ia tak berkeluh kesah.

♥• Wanita memliki perasaan peka dan
kasih sayang, untuk mencintai semua
anaknya, dalam kondisi apapun dan
situasi apapun. Walau tak jarang anak-
anaknya itu melukai perasaan dan
hatinya. Perasaan ini pula yang memberikan kehangatan pada bayi-bayi
yang
terkantuk dan menahan lelap. Sentuhan
yang memberikan kenyamanan saat
didekap lembut olehnya.

♥• Wanita memliki kekuatan untuk
membimbing suaminya, melalui masa-
masa sulit dan menjadi pelindung baginya.
Sebab, tulang rusuklah yang
melindungi setiap hati dan jantung agar
tak terkoyak.

♥• Wanita memiliki kebijaksanaan dan
kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyadarkan, bahwa
suami yang baik adalah yang tak pernah
melukai istrinya.Walau seringkali
kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami,
agar tetap berdiri, saling melengkapi dan
menyayangi.

♥• Wanita memiliki AIR MATA agardapat
mencurahkan perasaannya. Inilah yang
khusus ALLAH berikan kepada wanita,
agar dapat digunakan kapanpun ia
inginkan. Hanya inilah kelemahan yang
dimiliki wanita, walaupun sebenarnya airmata ini
adalah air mata KEHIDUPAN. Jadi jangan
anggap wanita itu cengeng ketika ia
mengeluarkan air matanya.

♥• Teruntuk wanita-wanita ♥•

wallahua'lam

MASUK ISLAM KERANA SEORANG BUDAK KECIL

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:35 PM

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

~Wallahuallam~

PeRNaH Ku DeNgaR

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:25 PM

Pernah ku terdengar,
seorang abang kesayanganku berkata,

"Abang suka baca blog dia, memang mantap habis, tapi kalau orang yang baru nak belajar semua-semua ni, mesti dia tak faham."

Dan pernah jua ku dengar,
seorang akhi ini berkata,

"Post-post hang memang bermanfaat, tapi panjang sangat. Ce pendekkan dan padatkan. Mesti lagi ramai baca."

Dan pernah jua ku dengar,
seorang sahabat aku berkata,

"Aku suka subscribe dia ni, sebab semuanya pendek-pendek. Tapi mesej dia tak sampai ar. Tak cukup kot."

Bukan, sayang, bukan.
Bukannya tidak bersyukur,
yang ingin disampaikan.

Tapi sebaliknya,
teknik memimpin ummah.

Ku teruja,
tatkala mendengar kata-kata salah seorang daripada mereka-mereka yang dimaksudkan ini, yang dikatakan tidak memenuhi ciri-ciri bagi sekelompok manusia.

"Akan ada orang yang perlukan apa yang ana sampaikan.
Dan tugas ana, adalah berada di sana untuk si dia itu.
Yang lain-lain, akan ada pula yang lain untuk mereka-mereka."

Ana yakin, Allah akan sentiasa bersama kami dan mereka.
Percayalah, yakinlah akan sahabat-sahabatmu,
yang turut berada dalam gerabak ini."

"Kerna mereka jua,
sedang berlari bersama kamu,
ke SyurgaNya yang indah."

T.T

***

Disklemer:

Post ni panjang.
Panjang yang amat.
Panjang sangat-sangat.

Dan membosankan,
kecuali kepada mereka yang memerlukan.

Maka, sila bawa popcorn,
atau share dahulu,
dan kemudian tutup.

Moga Allah redha.

.............

Sebelum kita melihat,
bagaimana menyentuh hati itu,
perlunya dua hati yang ditakdirkan untuk saling bersentuhan,
marilah kita bersama melihat,
bagaimana untuk menyentuh hati.

"Neurones never actually touch their target cell, so a synapse involve a gap between two cells, a gap which the nerve impulses must somehow cross."

Ku kira,
neurone itu penghubung,
di mana impulses itu menari-nari di dalamnya,
menerpa laju antara mereka-mereka
saling meng'connect'kan mereka-mereka itu.

Begitu jua dengan hati,
ia menghubung,
dan saling mengconnect,
dengan perasaan yang menari-menari.

Dan ku nampak,
bahwa ada jurang antara hati-hati kami ini,
yakni,
"a gap which the nerve impulses must somehow cross."

By hook, or by crook,
Hati itu perlu disentuh,
walau dicungkil sekalipun.
Eh.

"The arrival of an impulse at the sypnatic knob increases the permeability of the presypnatic membrane to calcium ions as calcium ion channels open up. Calcium ions then move into the synaptic knob down their concentration gradient. The effect of the influx of calcium ions is to cause the synaptic vesicles which contain neurotransmitter to move to the presynaptic membrane."

Segalanya bermula dengan impulse (kemahuan).
dan pabila kita mahu, ia akan tiba di synaptic knob (a part of hati),
maka terbukalah ia (hati) kepada segala apa yang diperlukannya.

Dan bagi menyentuh hati,
dan menjadikan suatu ukhuwah itu fillah,
maka perlulah diisi hati kita-kita dengan perkara-perkara yang membawa kepadaNya.

Dan the increase in permeability,
sememangnya memainkan peranan yang besar,
dalam membuncitkan hati kita-kita dengan apa yang diperlukannya itu.

Kerna,
tika itu,
Calcium ions (Tarbiyyah) akan diffuse ke dalam hati,
dengan teori 'down the concentration gradient,"
daripada hati yang kosong,
kepada hati yang penuh.
Hati yang kering kontang,
kepada hati yang basah lencun.
The power of Tarbiyyah,
ya just gotta believe it, bebeh.

Ia akan terus masuk dan masuk,
hinggalah berlakunya kebanjiran (influx).

Naturally,
bila banjir,
kita pasti akan lari keluar daripada banjir itu.

Begitu jua dengan sypnatic vesicles,
synaptic vesicles itu ibarat perbuatan,
yang mengandungi neurotransmitter (sentuhan hati),
dan vesicles itu akan digerakkan kepada membrane,
yakni luaran neurone itu.

Erti kata lain,
perbuatan yang mengandungi chemical yang bakal menyentuh hati,
akan dizahirkan pada luaran tubuh kita-kita.

Here comes the best part.

"Some of the sypnatic vesicles fuse with the presynaptic membrane and release the transmitter substance into the synaptic cleft."

Some.

Sesetengah synaptic vesicles (perbuatan) fuse with presynaptic membrane (tubuh) kita,
dan ia kekal bersama kita.
Maka, kita akan beramal dan beramal dan beramal.
Sebab, kita dah ada continuous kemahuan (impulses) dalam hati kita.
Bukankah ia menguntungkan?

And release the substance yakni sentuhan hati,
ke synaptic cleft,
gap yang wujud di antara dua hati,
gap yang perlu direntasi.

Nampakkah anda, ya Akhi?

Daripada kemahuan,
kepada terbukanya hati,
kepada buncitnya hati,
kepada banjirnya hati,
kepada zahirnya perbuatan,
kepada istiqamahnya perbuatan,
kepada penyampaian mesej.

Indah kan?

Peace yaw!

***

Kini, kita lihat pula motif asal post ni.

Kenapa sentuhan hati kita efektif pada si dia ini,
tapi tidak pada si dia itu pula.

Masih merujuk kepada neurons,
(saya batak Bio sekarang ya, harap maklum, ceeewaaah!)

"... and become attached to specific protein receptor sites..."

Nampak permainannya?

Kita mungkin mampu untuk berterusan merelease neurotransmitter,
kadangkala hingga berjuta-juta bilangannya,
tapi ia tiada makna,
jika ianya tidak specific untuk mereka yang kita cuba menyentuh itu.

Itulah yang kita perlu fahami.
Agar kita tidak berduka cita,
tatkala seruan kita tiadalah bersahut,
tatkala sentuhan kita tiadalah terkena.

Allah jadikan setiap daripada kita,
akan tugas yang khas buat masing-masing,
masing-masing logam yang berbeza.

Barangkali,
kamu akan mudah untuk menyentuh hati si dia ini,
tapi kamu akan sukar untuk menyentuh hati si dia itu pula.
Namun, kamu melihat sahabat kamu begitu mudah menyeru si dia itu.

Begitu indahnya susunan Allah.

Diberinya peluang kepada semua,
sama rata buat kita-kita,
untuk ke SyurgaNya.

Jadi dimanakah Fastabiqul Khairat dalam semua-semua ini?

Ianya terletak pada kemahiran kamu-kamu,
dalam mengenal pasti "specific protein receptor sites" masing-masing.

***

Kesimpulannya?

Post ini sangat panjang.

Dan terlalu banyak terms.

Ana dapat rasakan,
yang penyampaian ini lebih berkesan,
melalui vlog.

Dapatlah ana menggayakan segala bagai,
biar melekat terus kat hati enta semua.
kekeke.

Moga Allah permudah.

........

Meh, abe ringkaskan kembali.

Bagi menyentuh hati,

Timbulkan kemahuan untuk menyentuh,
buka hati kepada Tarbiyyah,
buncitkan hati dengan Tarbiyyah,
banjirkan hati dengan Tarbiyyah,
zahirkan dengan perbuatan dan fikrah,
istiqamah dalam perbuatan,
mesej akan disampai,
'Al-Qudwah Qabla Ad-Dakwah',
dengan syarat,
hati yang menerima itu compatible.

InsyaAllah, insyaAllah.

Moga Allah redha.

***

Kepada mereka yang membaca entri ini hingga penghujungnya,

"Akan ada orang yang perlukan apa yang ana sampaikan.
Dan tugas ana, adalah berada di sana untuk si dia itu.
Yang lain-lain, akan ada pula yang lain untuk mereka-mereka."

JazakAllahu Khairan Kathira.
Uhibbukum fillah.

Tambah saham ana,
dengan berkongsi ini dengan yang lain-lain.
Eceyh,

***

AYAM BANDAR VS AYAM KAMPUNG:

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:22 PM

Hidup kita jangan hidup seperti ayam bandar. Ayam bandar hanya menunggu makanan dan air dihidangkan, bila tak ada makanan, dia patuk punggung kawan, dia makan tahi dia sendiri. Bila semua dah habis, ia dah tak tahu nak buat apa, akhir sekali mati sendirian.

Teladanilah ayam kampung. Jika tak diberi makan sekalipun, dia dah pandai cari makan sendiri, walau jauh sekalipun, ia tetap pergi, letih bukan alasan. Ia tak mudah putus asa dan tak mudah patuk punggung kawan. Jika ada yang nak kacau, ia pertahankan. Awal-awal pagi dah kejutkan orang, ia tak hirau siapa nak marah, yang penting ia tunaikan amanah dari Allah.

Begitulah hidup kita sebagai manusia yang beriman. Usaha dulu, baru bertawakkal dan jangan hanya menunggu. Kita kena usaha sendiri untuk mendapatkan apa yang perlu untuk kehidupan kita dan menambah apa yang kurang bagi kita. Hidup kita juga kenalah berguna untuk orang lain.
.....................................

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain dan seburuk-buruk manusia adalah mereka yang tidak memberi manfaat kepada orang lain".

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 2:58 PM

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

=♥=- HEBATNYA CINTA -=♥=

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 1:52 PM

Cinta bisa datang kapan saja
Tanpa kita duga
Dan tak disangka
Begitu hebatnya cinta
Bisa meluluhkan hati kita
Bahkan bisa merubah hidup kita
.
Yang dulunya hampa
Jadi berbunga-bunga
Disaat cinta datang menyapa
Memberi aroma khas nya
Membuat kita terpesona
Dengan warna keindahan cinta
.
Jangan pernah menyalahkan cinta
Jika hati kita terluka
Karna bukan cinta yg melukis luka
Melainkan kita sendirilah yg tak
mampu menjaga kesucian cinta
.
Hingga akhrnya cinta ternoda
Dengan kebohngan dan janji-janji
manis yang berdusta

Tips Penjagaan Ketika Hamil (Terutama Pada Yang Bakal Bergelar Ibu)

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 1:31 PM

1. Makan makanan yg seimbang

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. jaga tingkah laku,jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

4. Jaga pantang larang

- Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing. Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.

5. Elakkan tekanan

- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban. Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.

Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini,

“Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)”,
“Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )”,
“Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”,
“Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”,
“Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”,
“Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”,
“Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”,
“ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”,
“Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”,
“Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.

Petanda Lemah Iman

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 1:01 PM

Orang yang lemah Imannya akan cepat bosan dalam hidup, khususnya apabila melibatkan urusan agama.

Apabila dia mendengar Al-Quran maka dia mahu beredar dan jika membaca al-quran maka dia sukar untuk fokus lalu segera berhenti.

Zikir menjadi sukar dan berat untuk diucapkan sekalipun ianya cukup mudah.

Mereka ini tergolongan dalam kumpulan munafikdan firman Allah SWT : Dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit. [An-Nisa: 142]

- Ustaz Emran Ahmad -

Allah xpandang nilai sedekah Allah memandang nilai keikhlasan bersedekah

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 12:02 PM

Lelaki 1: ''Assalamualaikum broo . Lama ke menunggu ?''

Lelaki 2: ''Waalaikumussalam . Takdelah lama sangat adalah setengah jam .'' (buat muka toya)

Lelaki 1: (terasa bagai diperli) ''Err ohh ok . Sorry broo , aku lambat sebab ada hal tadi .''

Lelaki 2: ''Isokeyyy broooo .. So , macam mana plan nak ke Langkawi ? Jadi tak kau follow ?''

Lelaki 1: ''Konpem brooo . Aku kan minat melancong . Ahakss ! Bayaran macam mano ?''

Lelaki 2: ''Semua ditanggung beres makan , tidur RM250 sekali dengan bas .''

Lelaki 1: ''Perghh dahh murah sangat lah tuu . Beshnyeeeee .''

Tiba-tiba! Datang seorang pakcik tua berserban dan berjubah putih ..

Pakcik: ''Assalamualaikum nak , kalau kamu berdua ikhlas sedekah untuk anak yatim .'' (Senyum)

Lelaki 2: (mengeluarkan RM5.00 dan masukkan ke dalam tabung) 'Waalaikumussalam .. pakcik .'' (senyum)

Lelaki 1: ''Errr err..''

Pakcik: ''Terima kasih nak ..'' (berlalu pergi)

***

Lelaki 1: ''Ehh broo kau percaya ke pakcik tu ? Entah2 duit tuhh dia yg makan .''

Lelaki 2: ''Astaghfirullahaladzim .. Cuba kau berhusnuzon (bersgka baik) ! Yang penting sedekah ikhlas . Dia tipu atau tak , tuh antara dia dengan Tuhan ! Kauu ada RM250 untuk g Langkawi tuh kan ? Jadi kau takde ke duit untuk BERSEDEKAH ?'' (senyum)

Lelaki 1: ''Errr ... Hmmm'' (menunduk malu)

Lelaki 2: ''Sedekah hanya 50sen , atau 10sen ke atau RM1.00 ke tuh pun dah ok daa . Dah dapat pahala kalau ikhlas . Allah tak pandang berapa banyak kita sedekah tapi pandang KEIKHLASAN kita . Tapi lagi banyak lagi bagus asalkan tidak RIAK .'' (senyum)

Lelaki 1: ''Maafkan aku ..''

Lelaki 2: ''Jangan minta maaf dengan aku , minta maaf dengan Allah .'' (senyum)

Lelaki1 mula mencari pakcik tadi tapi tidak kelihatan . Hilang sekelip mata .

Siapakah pakcik berserban dan berjubah putih itu tadi ? Jeng jeng jeng

✿~✿ Ustaz Azhar Idrus ::Pesanan Buat para Isteri: ✿~✿

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 12:00 PM

Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar..

Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami..

Redha ALLaH adalah selepas redha seorang Suami..
Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu..
Dialah juga yg bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti..
Jodoh kamu dengannya telah ALLaH tetapkan
sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi. :)

KETAHUILAH

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 11:48 AM

Jika engkau menghitung nikmat Allah...
Niscaya engkau tak akan pernah mampu menghitungnya...
Maka Bersyukurlah...

Hidup terus berjalan meski kadang kenyataan tak seperti yang diinginkan...
Yang dicintai kadang pergi...
Yang didambakan kadang menghilang...
Maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya...
Niscaya Dia akan mengerti perasaanmu...

Ini sebagian ujian dari-Nya...
Dia takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya...

Bukankah manusia itu memang diuji untuk mengetahui sejauh mana yang paling bertaqwa kepada-Nya?
Maka tetaplah Istiqamah!

Masih banyak diluar sana saudara-saudara kita yang jauh lebih sakit dan menderita...
Selalu ada hikmah dibalik kejadian...
Selalu ada kemudahan setelah kesulitan...
Semua pasti indah pada waktunya...
Itu adalah janji-Nya...

MENJAWAB ADZAN & DOA SETELAH ADZAN

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 11:47 AM

Rasulullah Saw bersabda: “Apabila kamu mendengar adzan, maka ucapkanlah seperti apa yg diucapkan oleh muadzin”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Umar bin Khattab ra, Rasulullah Saw bersabda: “Apabila muadzin menyerukan: “Allahu Akbar, Allahu Akbar”, maka seseorang dari kamu mengucapkan: “Allahu Akbar, Allahu Akbar“. Ketika muadzin menyerukan: “Asyhadu Alla ilaaha Illallah“, diapun mengucapkan: “Asyhadu Alla ilaaha Illallah“. Ketika muadzin menyerukan: “Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah”, maka diapun mengucapkan: “Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah“. Ketika muadzin menyerukan: “Hayya ‘alash Shalaah“, maka dia mengucapkan: “Laa Haula wala quwwata Illaa Billah”. Ketika muadzin menyerukan: “Hayya ‘alal Falaah”, maka dia mengucapkan: “Laa haula wala quwwata Illaa billah“. Tatkala muadzin menyerukan: “Allahu Akbar, Allahu Akbar“, diapun mengucapkan: “Allahu Akbar, Allahu Akbar“. Tatkala muadzin menyerukan: “Laa Ilaaha Illallah“, maka diapun mengucapkan: “La ilaaha illallah“. Dan jika hal ini dia ucapkan dari lubuk hatinya, maka orang itu akan masuk sorga”. (HR. Muslim)

DOA SETELAH ADZAN

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah Saw bersabda: “Siapa yg setelah mendengar adzan mengucapkan :

اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki panggilan yg sempurna ini, dan shalat yg didirikannya, berilah Muhammad kedudukan yg tinggi dan kemuliaan, serta bangkitkanlah dia di tempat yg terpuji, yg telah Engkau janjikan”. Maka baginya syafa’atku pada hari kiamat”. (HR. Bukhari)

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, January 2, 2013 5:32 PM

1. Dunia itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.

Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ada 4 di pandang sebagai "IBU" yaitu :

1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

MaTi SaYa NaNTi

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:31 PM

MATI saya nanti , akan ramai ucap takziah pada keluarga saya .
MATI saya nanti , orang akan buat majlis tahlil untuk saya .
MATI saya nanti , Fb saya akan penuh dengan post takziah .

MATI saya nanti , saya akan tinggalkan harta-harta saya .
MATI saya nanti , saya akan tinggalkan kawan-kawan saya .
MATI saya nanti , saya akan tinggalkan orang yang saya kasihi .

MATI saya nanti , saya akan duduk keseorangan dalam kubur .
MATI saya nanti , saya kena jawab soalan dari Munkar & Nakir .
MATI saya nanti , saya tak dapat beramal soleh lagi ..

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:29 PM

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

JOM SOLAT DHUHA : KELEBIHAN " DHUHA "

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 11:12 AM

# Diampuni dosa walau seluas lautan
# Dimurahkan rezeki
# Dijanjikan ganjaran syurga

# Dari Abu Hurairah dari Nabi, Baginda bersabda :" Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha" maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru : manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Silakan masuk ke dalam dengan rahmat ALLAH. " (Riwayat Tabrani)

#” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

# Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat ALLAH

15 Kebaikan Sujud Dalam Solat

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 11:05 AM

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Walau tiada 15 kebaikan sujud ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas mati kelak. Wallahualam.

Empat Kebaikan Tersembunyi Dalam Bertudung

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 1, 2013 12:53 PM

Setiap dari apa yang diperintahkan Allah pasti ada kebaikannya. Amat rugi jika wanita mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang islam kononnya ingin kekal cantik, namun mereka tidak mengetahui akan kebaikan dan kecantikan sebenar yang terhasil akibat dari bertudung ini.

Antara kebaikan tersebut adalah :

Terlindung dari cahaya matahari

Tudung melindungi kulit kepala anda dari terkena secara terus dengan cahaya matahari.  Ditambah pula dengan cuaca akhir zaman yang semakin terik akan membuatkan kulit kepala anda kering dan kemungkinan akan muncul flek hitam

Rambut lebih sihat

Dengan memakai tudung, rambut lebih terlindung dari debu, sinar UV dan sebagainya. Dan ini menyebabkan setiap helaian rambut akan lebih sihat. ‘Contact’ secara terus antara rambut dan cuaca luar boleh menyebabkan rambut menjadi kusam

Tahan kepada penyakit

Kebiasaan memakai hijab akan membentuk peribadi yang lebih prihatin dan pembersih. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan si pemakai tudung lebih berhati hati dalam soal kesihatan.

Lebih tenang dan selamat

Pemakai tudung yang sempurna dan menjaga aurat dengan bersungguh kebiasaannya sangat tentang dalam pergaulan serta kehidupan seharian. Mana tidaknya, kalau anda bertudung labuh serta berakhlak mulia, lelaki lelaki di luar sana akan takut untuk mengacau anda.
Inilah hikmah terbesar dalam kewajiban bertudung. Mereka lebih dilindungi oleh Allah jika mereka bersungguh melindungi tubuh badan mereka dari nafsu dan fitnah dunia.