~Kisah Masuk Syurga Kerana Bulu Mata~
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, May 21, 2012 2:42 AM
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk
berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan
bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi
saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke
kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai
seorang saksi pun yang sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia
sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau
maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah
saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut
bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang
mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang
mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki
menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat
tersebut.”
“Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan
memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang
tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat
berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.
Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala
ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat
lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat
sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang
saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku
pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali
perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada
seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja
yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman
api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai
saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air
mata penyesalan.”
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu,
orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai
terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba
Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”
* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun
~HaNyA aWaK~
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, May 18, 2012 2:24 AM
SeMeNjAk KiTa KeTaWa, SeDiH uTk PeRkArA KeCiL... sAyA TeLaH mEnCiNtAi aWaK
SeMeNjAk KiTa BeRgUrAu-SeNdA sETiAp KaLi KiTa BeRjUmPa... sAyA TeLaH mEnCiNtAi aWaK
SeMeNjAk KiTa DuDuK bErDuA sAmBiL mELiHaT BiNtAnG... sAyA TeLaH mEnCiNtAi aWak
SeKaRaNg... sAyA sEnDiRi TeLaH LuPa SeJaK BiLa SaYa TeLaH mEnCiNtAi aWak
YaNg SaYa TaHu IaLaH sAyA tELaH mEnCiNtAi AwAk & HaNyA aWak
~JiKa ALLaH~
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, May 17, 2012 8:54 PM
✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..
>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa
adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala
keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥



