Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC.

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, May 23, 2012 12:01 AM

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang tel...inga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA

♥~BeRTeRiMa KaSiHLaH~♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, May 22, 2012 3:37 AM

♥ Berterima kasihlah pada orang
yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu
kuat.

♥ Berterima kasihlah pada orang
yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu
makin bijaksana.

♥ Berterima kasihlah pada orang
yang telah MEMBENCImu kerana
dia yang mengasah ketegaranmu.

♥ Dan berterima kasihlah pada
orang yang telah
MENYAYANGImu kerana itulah
ANUGERAH TERINDAH dalam
hidupmu..

~SeiNDaH~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:36 AM

◕Seindah2 hati adalah bersangka baik
◕Seindah2 kesedihan adalah mengenangkan dosa
◕Seindah2 kegembiran adalah setelah solat
◕Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al Quran
◕Seindah2 nasihat adalah hadis2 nabi SAW
◕Seindah2 tekad adalah nazar
◕Seindah2 taat adalah kepada Allah SWT
◕Seindah2 ikutan adalah kepada Rasullullah SAW.

~Kisah Masuk Syurga Kerana Bulu Mata~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, May 21, 2012 2:42 AM


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”


Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”


“Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”


“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”


Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”


* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun

~HaNyA aWaK~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, May 18, 2012 2:24 AM


SeMeNjAk KiTa KeTaWa, SeDiH uTk PeRkArA KeCiL... sAyA TeLaH mEnCiNtAi aWaK

SeMeNjAk KiTa BeRgUrAu-SeNdA sETiAp KaLi KiTa BeRjUmPa... sAyA TeLaH mEnCiNtAi aWaK

SeMeNjAk KiTa DuDuK bErDuA sAmBiL mELiHaT BiNtAnG... sAyA TeLaH mEnCiNtAi aWak

SeKaRaNg... sAyA sEnDiRi TeLaH LuPa SeJaK BiLa SaYa TeLaH mEnCiNtAi aWak

YaNg SaYa TaHu IaLaH sAyA tELaH mEnCiNtAi AwAk & HaNyA aWak


~JiKa ALLaH~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, May 17, 2012 8:54 PM

✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥

~Ya AlLaH~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, March 2, 2012 7:53 PM

Ya Rabbi, hamba-MU ini pohon keampunan daripada-MU,
hamba-MU ini sungguh hina lagi xberdaya di sisi-MU,
maafkan daku Ya RABBI, bukan ku tidak bersyukur,
namun kerna ketidaksempurnaanku,
kadangkala membuatkan kumengeluh...
...
sungguh YA ALLAH,
kesedihan ini begitu sulit untukku kemudi...
terasa badai itu umpama menampar benakku...
menghancurkan hati dan harapanku...
ianya umpama merubah seluruh isi hidupku...
warna warni kesukaanku umpama gelita di siangnya...

maafkan hamba-MU YA ALLAH...
kukira diri mampu berjuang kepada sesuatu yang bukan pilihanku...
ternyata kelemahan juga yang mendepani jalanku...
terasa begitu berliku sekali...
menjadikan ku tidak tahu...
sesuatu yg sbelum ini kuketahui.

YA ALLAH...
ketenangan milikMU abadi,
jika di kala ini ku diberi pilihan...
pastinya bukan ini yang kupilih...
YA ALLAH...
kurniakanlah kegembiraan...
mengisi ruang hatiku...
jangan biarkan kesedihan itu menjadi raja dalam jiwaku...
YA ALLAH...
kembalikan kekuatan yg pernah dilontarkan kepadaku dulu,
kembalikan kegirangan yg pernah mjadi semangatku,
kembalikan kebahagiaan yg selalu ku rasai,
kembalikan kekuatan yg pernah menjadi panduanku,
jika ia milikku...
jadikanlah ia abadi dalam jasadku...
semoga pilihanku yang memilihku...

Amin ♥