✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR
✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT
✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA
✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan..
✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.
Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu
Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti
Penantian panjang
Cintaku padamu..
Ku tetap menanti
Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
12:50 AM
My heart was taken by u, br0ken by u and n0w is in pieces bc0z of u..even when I p0ur my heart out to u, I'm n0t sure it sh0ws, that I luv u m0re than you'll ever kn0w...I know in reality we can't be together, so I just cl0se my eyes and y0u're right here with me... but in my dreams y0u're mine f0rever..every n0w and then I have the feeling I've t0tally lost my mind.. It's a great feeling..I'm hurt all the time..I don't want to cry for the way I feel inside..
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
12:47 AM
Kesimpulannya, tidak perlu highlight istilah ' ratu ' kepada wanita sebagai memberi layanan buat suami, apatah lagi istilah 'babu' bagi menggambarkan kerja2 seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga, takut2 jika wanita hanya mengambil yg 'manis' sahaja daripada kenyataan para ulama tanpa pernah bermuhasabah tentang peranan menjadi hamba Allah yg terbaik di muka bumi ini.
kesenangan yg sebenar adalah apabila berada 'disana' nanti. isteri solehah menjadi permaisuri bidadari, manakala suami yg soleh menjadi raja yg dilayani sepenuh hati. di dunia ini tempat kita menuai budi dan menabur bakti. insyaallah, sekecil zarah kebaikan pasti berbalas jua dengan kebaikan di sisi ilahi..
insyaallah.. :)
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya
Dia duduk menghadap laptop di
hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton
televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah
pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu
solat.Tiba-tiba, si dia bangun dan
memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun
tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi
teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah aku lagi, angkut entah
mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku
balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.Okay,
salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah
aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.
Bukan itu je, abah hantar aku dengan
dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil
kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh
aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab
ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.
Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.“abang
dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang
dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu
dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut.
Jap saya siap.” Si isteri telah pun
hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak.
Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri
bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan
t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.”
Kunci kereta di atas meja di capai.
“saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah
senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam
kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang
dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang
je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta
di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya.
Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak
keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt
dan seluar track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira.
Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah
bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.”
Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini
dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah.
“hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami
yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian
kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah.
Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat
tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat
perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.
Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau
faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang
suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan
menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata
Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman yang tengah berfikir itu terkejut
tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar
suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom
Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah
pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan
isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra.
Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak
beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis
yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?”
“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman
diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk
dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan
lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti
masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak –
hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak.
Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah
sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak
reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat
itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi
tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata
Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak
apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak
apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi
selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah
berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak
buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.”
Aiman senyum dan mengangkat kening.
Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di
hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi.
Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni
tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay.
Gulai itu banyak garam, sayur awak tak
rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?”
“boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi
surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada
perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai
mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak
apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya
upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.”
Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi
Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri
saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum
dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.”
Aiman sentak.
Walau apapun senyum paksa di beri.
“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah,
saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah
dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang
Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang
pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah
ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama
dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila
dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia
nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan
tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa.
Sudah tiba waktunya dia berubah.!
“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik
sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila
mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak
tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap
ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah.
Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya.
Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah,
nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama
itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa
lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai
solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.
Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke?
Dah masuk hari kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya bosan duduk rumah
sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman
hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata
abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba
suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat
abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam.
Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di
seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah
dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.”
“abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman
mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap
bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di
kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka
beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang
tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat
selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan
tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada
suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk
bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung
Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak
cakap ini.
Kadang-kadang macam budak-budak. “ada
sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah
abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya.
Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi
melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?”
sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama
Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar
lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata
Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru
download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar
alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin
selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong
langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar.
Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita
masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum
mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan
lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa
dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan
lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta
kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita
abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun.
Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman
pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan
ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun
bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..”
Aiman hanya mengangguk dengan tangannya
yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.
“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus
berlalu.
Aiman hanya senyum dan menghantar
dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik
hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai
buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum
paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum
dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah
ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari
kedai buku itu.
Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim
je.” “sweet kan.
Suami dia just pakai t-shirt berkolar
dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.
Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan
Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang
tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak
kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman
senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.
Aiman mengambil dan berfikir. “birthday
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat.
Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.
Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan
itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air
mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman
turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.
Setelah selesai berkemas bahan-bahan
kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar.
Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah
lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang
beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu
mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah.
Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul.
Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa
ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk.
Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari
dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu
pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk
ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah,
ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya.
“bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu
buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang
Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli.
Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi
terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap
Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya
ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu,
satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari
ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah
menyuruhnya membawa kereta dia. “
Along.. tolonglah jangan buat kecoh
dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah
masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki
itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar.
Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi
kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha?
Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah
muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat
macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak!
Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya
hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata
membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat
rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula.
Betul juga apa yang abang iparnya
cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia
muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan
Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir
menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….”
Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu
hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak
demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan
bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya
berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di
talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar
awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi.
“abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong
lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap.
Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua
orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap
macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.”
Terdiam Syahirah.
Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke
meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah.
Saya nak berada di samping abang saat
susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan
semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk
membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara
lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca
artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah.
Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi.
Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu
tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak
pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut
lembut buku nota kecil itu.
Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin
pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia
dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat
menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman.
Ya Allah… Telah dua hari dia tidak
berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita
yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan
syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua
bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu
banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu
sekarang lain..
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum.
Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk
tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman
menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa
ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.
Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah
memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran
hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya
lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata
Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata
mereka bertentangan.
Syahirah mengangguk dan memandang abi
dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih
abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat
dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan
urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua
mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta
perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil
Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman
diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak
berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah
tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak
jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah
senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh
Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa
pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling
membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.
Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia
menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan
daripada abi,umi dan along .
Dia bersyukur Allah beri penyakit itu,
dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan
bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak
macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan
turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat
restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di
restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah
terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas
dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat
darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak
tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni.
Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di
buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.”
Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya
Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia
menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga
semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman
di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa
tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang..
bangun…”
Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak
pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul
berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin
untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang
ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat
Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?”
seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya
ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca
doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau
saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa
memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan
minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta
maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk
dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum.
Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang
Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak
sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti
abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan
senyum. “sayang awak juga.”
Aiman memasukkan keretanya ke dalam
porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil
plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari
kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke
dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur.
Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah
yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua
orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya
dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak
bernafas dan pengsan.
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak
masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang
pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini
tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke
dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”
Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu
membawa Aiman keluar rumah.
Abahnya hanya menggeleng dengan air
mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam
ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang
dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak
mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!”
herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.
Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!!
Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan
apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh
tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji
Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran
senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi,
macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan
isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik-
baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi.
Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya
tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan
bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.”
Haji Amran terus keluar dari bilik itu.
Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak
kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir
Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara
itu. warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah,
KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat
itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah
menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah,
Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang
menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.
Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa
Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman
hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu
tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari
luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.
Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik
itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar.
Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman
hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan.
Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang
di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di
kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya
Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa
mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap
bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari
yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa,
nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..”
kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut
earphone itu.
Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di
bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya
Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah
dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.
Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu
bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip
mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap
hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan
keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali tinggal bersama abah
dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..”
Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan
abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca
Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur.
Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah
lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik
dulu lah ya.”
Aiman mengangguk. Setelah hampir satu
juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula
Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata
Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun.
Dia menghampiri Syahirah yang senyum
memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup.
Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato.
Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.
Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan
je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato
Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh
orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato
Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah
rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat
juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat.
Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia
sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang
bersih.
Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini
tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat
indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah
indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang
indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti
syurga atau neraka yang menanti.
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
9:00 PM
♥ Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yang memerlukan meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah.
♥ Sandarkan bahu buat sahabat yang kesedihan meskipun saat itu kau sendiri kau sedang menangis.
♥ Bersedekahlah kepada yang memerlukan infakmu meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan..
♥ Luangkan masa untuk mendengar bicara sahabatmu yang mungkin ada
masalah walaupun kau sendiri sedang menanggung beban masalah yg payah
untuk dipikul..
♥ Hakikatnya bukankah manus ia itu pendosa dan sering lupa.
♥ Hakikatnya menasihati dan membantu org lain bermakna kau sedang menasihati dan membantu diri sendiri.
♥ Aura positif tidak datang jika tiada charge negatif yg menarik.
♥ Dan kebaikan itu menghapuskan keburukan. InsyaAllah..