MENJAWAB ADZAN & DOA SETELAH ADZAN
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, January 3, 2013 11:47 AM
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, January 2, 2013 5:32 PM
1. Dunia itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.
Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ada 4 di pandang sebagai "IBU" yaitu :
1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
MaTi SaYa NaNTi
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:31 PM
MATI saya nanti , akan ramai ucap takziah pada keluarga saya .
MATI saya nanti , orang akan buat majlis tahlil untuk saya .
MATI saya nanti , Fb saya akan penuh dengan post takziah .
MATI saya nanti , saya akan tinggalkan harta-harta saya .
MATI saya nanti , saya akan tinggalkan kawan-kawan saya .
MATI saya nanti , saya akan tinggalkan orang yang saya kasihi .
MATI saya nanti , saya akan duduk keseorangan dalam kubur .
MATI saya nanti , saya kena jawab soalan dari Munkar & Nakir .
MATI saya nanti , saya tak dapat beramal soleh lagi ..
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:29 PM
Telah
diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda
tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada
Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang
ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita
maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah
s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan
sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi
kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t..
Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah
bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..
JOM SOLAT DHUHA : KELEBIHAN " DHUHA "
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 11:12 AM
# Diampuni dosa walau seluas lautan
# Dimurahkan rezeki
# Dijanjikan ganjaran syurga
# Dari Abu Hurairah dari Nabi, Baginda bersabda :" Bahawasanya di
syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha" maka jika kamu datang hari
kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru : manakah orang-orang yang
telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Silakan masuk ke dalam
dengan rahmat ALLAH. " (Riwayat Tabrani)
#” Rasullullah S.A.W
bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada
kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan
Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan
menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu
sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat
Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
# Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat ALLAH
15 Kebaikan Sujud Dalam Solat
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 11:05 AM
Pakar
sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke
tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh
daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
Berikut
merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan
diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan
sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan
menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia
juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita,
pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi
untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar
daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman
darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur
darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis
sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut
perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan
migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus
menguatkan mentaliti seseorang.
Walau tiada 15 kebaikan sujud
ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari
semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di
dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat
kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas
mati kelak. Wallahualam.
Empat Kebaikan Tersembunyi Dalam Bertudung
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 1, 2013 12:53 PM
Setiap dari apa yang diperintahkan Allah pasti ada kebaikannya. Amat
rugi jika wanita mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang islam
kononnya ingin kekal cantik, namun mereka tidak mengetahui akan kebaikan
dan kecantikan sebenar yang terhasil akibat dari bertudung ini.
Antara kebaikan tersebut adalah :
Terlindung dari cahaya matahari
Tudung melindungi kulit kepala anda dari
terkena secara terus dengan cahaya matahari. Ditambah pula dengan
cuaca akhir zaman yang semakin terik akan membuatkan kulit kepala anda
kering dan kemungkinan akan muncul flek hitam
Rambut lebih sihat
Dengan memakai tudung, rambut lebih
terlindung dari debu, sinar UV dan sebagainya. Dan ini menyebabkan
setiap helaian rambut akan lebih sihat. ‘Contact’ secara terus antara
rambut dan cuaca luar boleh menyebabkan rambut menjadi kusam
Tahan kepada penyakit
Kebiasaan memakai hijab akan membentuk
peribadi yang lebih prihatin dan pembersih. Hal ini secara tidak
langsung akan membuatkan si pemakai tudung lebih berhati hati dalam soal
kesihatan.
Lebih tenang dan selamat
Pemakai tudung yang sempurna dan menjaga
aurat dengan bersungguh kebiasaannya sangat tentang dalam pergaulan
serta kehidupan seharian. Mana tidaknya, kalau anda bertudung labuh
serta berakhlak mulia, lelaki lelaki di luar sana akan takut untuk
mengacau anda.
Inilah hikmah terbesar dalam kewajiban
bertudung. Mereka lebih dilindungi oleh Allah jika mereka bersungguh
melindungi tubuh badan mereka dari nafsu dan fitnah dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)



