KETIKA CINTA TAK BERJODOH
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 12:13 PM
❥
Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan
tetapi taqdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.
❥ Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.
❥ Karena sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikat-nya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.
❥ Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak bisa selama nya bersama kita.
❥ Namun menangis lah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.
❥ Segala perih di hati akan hilang pada waktu nya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.
❥ Percaya lah pada kebesaran NYA.
❥ Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA, mana yang terbaik untuk makhluk-makhlukNYA.
❥ Jangan pernah anggap putus cinta dan tak bisa dengan yang kita harapkan sebagai hukuman atau ALLAH jahat.
❥ Percayalah, ada rahasia di balik rahasia.
❥ Di balik semua peristiwa pasti ada hikmah-nya.
❥ ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman:
❥ Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).
❥ Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi,
niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH
telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha
Bijaksana. (QS. Al Anfal: 63).
❥ Maha Benar ALLAH Dengan Segala Firman NYA.
4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, December 24, 2012 6:11 PM
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah :
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.
Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kamu mengajarnya bersolat?
Menutup aurat?.. Pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri
walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak
kamu menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang
kamu akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari
ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Duhai
lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan
jangan ingat kau terlepas… Kamu juga akan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak… Jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan
tidak menutup aurat.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di
sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata-ngatai dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.
Duhai anak-anak lelaki…. sayangilah ibumu. Nasihatilah
dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Sekali lepas
dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka.
Jika tidak, kamu juga akan ditarik menjadi penemannya.
HaRi InI
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:16 PM
Hari ini kita sakit hati dengan leteran ibu..
Hari ini kita sakit hati dengan permintaan ibu yang bermacam-macam..
Hari ini kita sakit hati dengan ibu yang selalu mengongkong kebebasan kita..
Tetapi..hari esok bila ibu sudah tiada,kita bukan lagi sakit hati..kita
akan HANCUR HATI kerana tidak sempat berbakti kepadanya..
Tahukah anda..orang yang ketiadaan ibu sanggup membayar seberapa harga
pun dan sanggup buat apa saja jika diberi peluang untuk bertemu kembali
ibu mereka walaupun sesaat..
Jadi anda yang masih mempunyai ibubapa ,hargailah dan berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada..♥
~Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu ~
Masalah berkaitan perayaan bukan Islam seperti Krismas (Hari Natal) dan lain-lain.
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:10 PM
1.
Kedudukan seorang muslim dan bukan Muslim tidak sama disisi Islam.
Walaubagaimanapun Islam mengizinkan kaum bukan Islam untuk merayakan
hari kemuliaan mereka dan mengamalkan ajaran agama mereka berdasarkan 3
syarat :
a) Tidak memudharatkan umat Islam atau menganggu masyarakat awam.
b) Tidak dilakukan majlis di tempat2 umum atau ditengah kotaraya Islam sehingga kelihatan seperti menyebarkan syiar mereka.
c) Perayaan tersebut tidak dihadiri oleh orang Islam dan tiada
perkara-perkara seperti menyebarkan ajaran mereka atau promosi tentang
agama mereka berlaku.
Hal di atas berlaku sekiranya umat Islam adalah pihak yang memerintah dan kaum yang kafir adalah dibawah kuasa Islam.
Manakala jika umat Islam berada dibawah jajahan orang-orang yang kafir maka kaedahnya adalah seperti berikut :
1. Disunnahkan untuk menghindari perayaan keagamaan tersebut dan mengelak dari menyertainya sedaya-upaya.
2. Jika terpaksa menghadiri atas faktor keselamatan umat Islam dan bagi
mengelak permusuhan ke atas komuniti Islam maka hukumnya harus
diwakilkan kepada satu orang atau sebahagian anggota masyarakat Islam
untuk mengucapkan tahniah atau menghadiri sambutan perayaan tersebut
semata-mata demi menjaga hak-hak dan kepentingan umat Islam dari
ditindas oleh orang-orang kafir.
----
Hukum mengucapkan ucapan selamat menyambut hari natal, Merry Christmas, Deepavali dll ?
Al-jawab, hukumnya adalah ditegah tanpa ada keperluan kerana Allah SWT
berfirman, فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ Maka
sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. [Al-Hijr:94]
Namun apabila kita diberi ucapan tersebut atau diucapkan selamat atau
sesuatu yang baik maka disunnahkan menunjukkan akhlak yang baik dengan
menjawab ' dan kepada kamu juga' seperti mana hadith Aisyah RA, عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنَّ الْيَهُودَ دَخَلُوا عَلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالُوا : السَّامُ
عَلَيْكَ فَلَعَنْتُهُمْ ، فَقَالَ : " مَا لَكِ " ، قُلْتُ : أَوَلَمْ
تَسْمَعْ مَا قَالُوا ، قَالَ : " فَلَمْ تَسْمَعِي مَا قُلْتُ
وَعَلَيْكُمْ Daripada Aisyah RA, bahawa ada sekumpulan yahudi masuk
menemui Nabi SAW, lalu mereka berkata As-sam' (kematian) ke atas kamu
lalu Aisyah pun melaknat mereka. Maka Nabi SAW menegur Aisyah. 'Apa kamu
ni?' Lalu kata Aisyah menjawab Tidakkah engkau mendengar apa kata
mereka ? Jawab baginda. Tidakkah engkau mendengar aku menjawab 'Dan ke
atas kalian.' [riwayat al-Bukhari]
Kita tidak memulakan ucapan
selamat dsbnya kpd orang kafir, tetapi apabila menerima ucapan mereka
maka kita disunnahkan menjawab kembali dengan berkata : 'وَعَلَيْكُمْ '
dan ke atas kamu juga.
IzInKaN aKu MeNCiNtAiMu KeRaNa AlLaH
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 5:05 PM
Izinkan aku mencintaimu karena ALLAH; Ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranmu...
Berdoalah pada ALLAH dan mintalah hanya padaNYA...
Dan berusahalah karena ku hanya insan tiada upaya...
Dan ALLAH pemilik nyawaku, memohon lah pada DIA yang hak...
Milikilah hatiku dengan izin ALLAH dan milikilah cintaku karena agamaNYA dan miliki jiwaku karenaNYA...
Sekiranya dirimu tlah siap maka dapatilah aku karenaNYA...
Dan akupun tetap menantimu diatas sajadah cintaNYA...
Jadilah selalu kau imanku yang dapat mengajarkanku mengorbanku seluruh
hidupku, jiwa dan hartaku untuk kepentingan, dakwah di jalan ALLAH...
Jadilah selalu kau imamku yang dapat mengajarku rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya bersama suami tercinta...
Jadilah selalu kau imamku yang dapat mengajarkanku untuk selalu menjaga kehormatan diriku dan taat beribadah kepadaNYA...
Jadilah selalu kau imanku yang dapat mengajarkanku menyediakan tempat
tertinggi dalam hatiku rasa cinta kepada ALLAH dan Rasul diatas
kecintaanku pada suami...
Jadilah selalu kau imamku yang dapat membimbingku untuk selalu berjalan diatas jalanNYA...
Jadilah selalu kau imamku yang akan selalu mengingatkanku untuk selalu mengingatNYA...
Jadilah selalu kau imamku yang akan selalu mengajarkanku kebesaran cinta kepadaNYA...
Aku sangat berharap ALLAH berkenan pelihara perasaan ini...
Perasaanmu untukku dan perasaanmu untukmu...
Sampai tiba waktunya kita ditakdirkan bersatu dalam jalinan yang diridhoiNYA... Aamiin Ya Robbal Alamiin...
:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, December 20, 2012 4:55 PM
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.



