Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

PaRaS RuPa vs AgAmA

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 22, 2013 5:06 PM

Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti... InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam nie ada kuliah kat masjid..
ABANG SAYANG ISTERI ABG.... (^^ ,)
Allahurabbi...

10 Peringkat Syaitan Buka Aurat Wanita Secara Halus

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, January 14, 2013 1:29 PM

Bacalah Artikel 10 Peringkat Syaitan Buka Aurat Wanita Secara Halus ni kerana sejak dari awal kewujudan manusia, syaitan tak pernah jemu untuk menghasut manusia ke arah kemungkaran.Dan kepada wanita, berjaga-jagalah. Tanggungjawab anda sama beratnya seperti tanggungjawab seorang suami dan ayah. Semoga bermanfaat…

1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat.

Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.



2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.”



Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”



3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.”

Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.



4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.”

Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).



5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatas. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.”

Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.



6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.”

Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.



7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.”

Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.



8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.”

Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.



9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.”

Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.



10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya.

Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan;
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK ANAK

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, January 8, 2013 10:33 AM

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian sirat

Saya CnP dari group lain...moga ada manfaat

Hati Rosak dan Ubatnya

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:32 AM

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Antara tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.

4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.

10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Penyakit hati:

1) Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).

2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.

3) Hasad dan dendam kesumat.

4) Sombong, bangga diri dan ego.

5) Bohong dan berputus asa.

6) Cinta mendalam kepada selain Allah.

7) Ikut hawa nafsu.

8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).

9) Takut kepada selain Allah.

10) Belot dan khianat.

11) Suka memaki hamun orang lain.

12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.

13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.

KEUTAMAAN MEMBACA DAN MEMPELAJARI AL-QURAN

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, January 3, 2013 4:22 PM

“Dan tiadalah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah membaca Kitabullah (Al-Qur’an) dan mempelajarinya, kecuali akan dikelilingi Malaikat, dianugerahi ketenangan, diliputi rahmat dan disebut-sebut Allah di hadapan mahluk yang dekat kepada-Nya” (HR. Muslim).

Hadits tersebut menyebutkan bahwa orang yang membaca dan mempelajari Al-Qur’an, akan mendapat empat keutamaan:

1.Para Malaikat akan mengelilingi orang-orang yang sedang belajar Al-Qur’an. Maksudnya, ikut mendengarkan bacaan mereka, menyalami dan memelihara mereka dari berbagai bala’ dan musibah.

2.Orang-orang yang membaca atau mendengarkan Al-Qur’an akan dianugerahi ketenangan jiwa. Maksudnya, ia akan berhati bersih berkat cahaya Al-Qur’an, hilang rasa kebimbangan dan kegundahan jiwanya, kemudian dilimpahi cahaya Ilahi dalam hatinya. Ketenangan jiwa inilah yang membawa dirinya taat kepada Allah sehingga menjadi sehat jasmani dan rohaninya.

3.Membaca dan mendengar Al-Qur’an akan mendapat limpahan rahmat dan barokah dari Allah.

4.Orang yang mempelajari Al-Qur’an akan disebut-sebut Allah dikalangan para Malaikat.

•♥• memahami air mata wanita •♥•

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 4:20 PM

"...Menjadi seorang wanita adalah pilihan.
Bukan engkau yang memilihnya, tapi DIA
yang memilihkannya untukmu. Aku tahu,
Allah penggenggam segala ilmu. Sebelum
Ia ciptakan engkau,Ia pasti punya
pertimbangan khusus, hingga akhirnya saat engkau lahir ke dunia, Ia
menjadikanmu wanita. Engkau harus
sadar, tidak
main-main Allah mengamanahkanini
padamu...! Karena kutahu, wanita adalah
makhluk yang luar biasa. Yang dari rahimnya bisa terlahir manusia semulia
Rasulullah atau manusia sehina Fir'aun..."

♥• ALLAH menciptakan wanita dengan
berbagai keutamaan dan kelebihan
Di ciptakan bahunya agar ia mampu
menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Dan di saat yang sama, bahu itu cukup
nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

♥• Wanita memliki keperkasaan, yang
akan membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua orang sudah
putus asa.

♥• Wanita memliki kesabaran untuk
merawat keluarganya walau ia letih,
sakit, lelah namun ia tak berkeluh kesah.

♥• Wanita memliki perasaan peka dan
kasih sayang, untuk mencintai semua
anaknya, dalam kondisi apapun dan
situasi apapun. Walau tak jarang anak-
anaknya itu melukai perasaan dan
hatinya. Perasaan ini pula yang memberikan kehangatan pada bayi-bayi
yang
terkantuk dan menahan lelap. Sentuhan
yang memberikan kenyamanan saat
didekap lembut olehnya.

♥• Wanita memliki kekuatan untuk
membimbing suaminya, melalui masa-
masa sulit dan menjadi pelindung baginya.
Sebab, tulang rusuklah yang
melindungi setiap hati dan jantung agar
tak terkoyak.

♥• Wanita memiliki kebijaksanaan dan
kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyadarkan, bahwa
suami yang baik adalah yang tak pernah
melukai istrinya.Walau seringkali
kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami,
agar tetap berdiri, saling melengkapi dan
menyayangi.

♥• Wanita memiliki AIR MATA agardapat
mencurahkan perasaannya. Inilah yang
khusus ALLAH berikan kepada wanita,
agar dapat digunakan kapanpun ia
inginkan. Hanya inilah kelemahan yang
dimiliki wanita, walaupun sebenarnya airmata ini
adalah air mata KEHIDUPAN. Jadi jangan
anggap wanita itu cengeng ketika ia
mengeluarkan air matanya.

♥• Teruntuk wanita-wanita ♥•

wallahua'lam

MASUK ISLAM KERANA SEORANG BUDAK KECIL

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:35 PM

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

~Wallahuallam~