Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

• ♥ TAHUKAH ANDA WAHAI KAUM HAWA • ♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, November 1, 2012 4:30 PM

• ♥ seorang LELAKI mecuba sedaya upaya untuk menjaga PERASAAN kamu .. meskipun kadang kala dialah yang yelah menyakiti kamu ..

• ♥ seorang LELAKI mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu .. meskipun dia tahu dia TIDAK MAMPU ..


• ♥ seorang LELAKI sanggup merendah EGONYA demi mencintai kamu ..

• ♥ seorang LELAKI yang sejati akan sentiasa berdiri di belakang kamu .. dan menyokong segala tindakan kamu ..

• ♥ seorang LELAKI akan menjaga kamu dengan sepenuh cintanya jika ditakdirkan kamu menjadi miliknya ..

• ♥ seorang LELAKI juga mampu menitiskan air matanya jika ia melibat hati .. perasaan .. cinta dan nyawa seseorang yang dicintainya ..

• ♥ seorang LELAKI sanggup mengadaikan nyawanya jika hanya itulah caranya untuk membahagiakan orang yang dicintainya ..

DAN ..

seorang LELAKI yg bergelar SUAMI mampu memberi kamu sesuatu yang lebih dan tidak mampu diberi oleh kekasih hati kamu iaitu CINTA yang IKHLAS SUCI dan DIREDHAI ALLAH ..

OLEH ITU ..

dengarlah rintihan hati mereka seperti mana mereka berada di sisi kamu ketika kamu memerlukanya .. kerana tanpa mereka .. kamu umpama sebentuk PERMATA yang TIDAK DILENGKAPI ..

INILAH REALITI KEHIDUPAN KITA

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 4:02 PM

Menang bermaksud tidak takut kalah. Kalah bermaksud tidak berani mencuba. Selagi anda tidak takut kalah dan berani mencuba, selagi itulah anda menang!

Zaman kanak-kanak adalah keseronokan, zaman sekolah ada...
lah zaman pertunjukkan, zaman remaja adalah mencari identiti, zaman dewasa adalah mematangkan, zaman usia adalah mencari pedoman.

Kekuatan dan kelemahan memang berlawanan, tetapi mereka saling melengkapi satu sama lain.

Melafaz itu mudah, menerima itu senang, memberi itu perit kerana ini adalah hakikat kehidupan..

Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencuba. Cara menghindari kejayaan ialah takut akan kegagalan.

Ketika kita berharap yg terbaik tapi kita hanya mendapat yang biasa, bersyukurlah kerana ianya bukan yang terburuk.

Kemarahan adalah keadaan dimana lidah bekerja lebih cepat daripada fikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani.

Biar sedikit berbicara, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan kesepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Dari kegagalan kita dapat membaca apa yang salah dari diri kita. Berusaha dan berdoa hanya itulah kuncinya.

Tidak semua yang difikirkan indah adalah indah dan tidak semua yang difikirkan buruk adalah buruk kerana semua tidak sempurna melain ia disempurnakan.

Jangan akhiri dengan harapan tetapi akhiri dengan pencapaian.

Tidak perlu berpatah balik dan melihat ke belakang kerana dihadapan tengah menunggu sesuatu keajaiban...

♥ RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU ♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, October 31, 2012 5:37 PM



" Cintai isterimu...apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "
" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "


" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "


" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

~aKu KaTa~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:02 PM

“Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu me

nghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.”

:: MANA YANG PATUT DIMALUKAN? ::

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 2:52 PM

Mana yang patut dimalukan?
◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

:: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya..sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR..
InsyaAllah...

Tahu tak..??

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:33 AM


Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar...

Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal/bola sampai patah kaki...


Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk...

Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda...


Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi.,,


ALLAH...

•♥»✽«♥• WANITA •♥»✽«♥•

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:25 AM

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Ketika lahir kedunia ini, wanita membukakan pintu syurga untuk kedua orang tuanya.
Apabila ia mengasuhnya dgn baik.

Ketika telah besar wanita membukakan pintu syurga untuk saudara laki-lakinya.
Jika ia berbuat baik padanya.

Ketika menjadi seorang istri wanita membukakan pintu syurga untuk suaminya.
Jika ia membahagiakanya.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Ketika menjadi seorang ibu, wanita membukakan pintu syurga Ûñtûk anak-anaknya.
Jika ia berbakti padanya.

Sungguh mulianya seorang wanita, betapa beruntung yang memuliaknya dan betapa merugi yang menyakitinya.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

♥♥ ♡ ツ ♥♥