Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

♥ RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU ♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, October 31, 2012 5:37 PM



" Cintai isterimu...apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "
" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "


" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "


" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

~aKu KaTa~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:02 PM

“Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu me

nghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.”

:: MANA YANG PATUT DIMALUKAN? ::

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 2:52 PM

Mana yang patut dimalukan?
◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

:: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya..sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR..
InsyaAllah...

Tahu tak..??

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:33 AM


Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar...

Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal/bola sampai patah kaki...


Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk...

Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda...


Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi.,,


ALLAH...

•♥»✽«♥• WANITA •♥»✽«♥•

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:25 AM

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Ketika lahir kedunia ini, wanita membukakan pintu syurga untuk kedua orang tuanya.
Apabila ia mengasuhnya dgn baik.

Ketika telah besar wanita membukakan pintu syurga untuk saudara laki-lakinya.
Jika ia berbuat baik padanya.

Ketika menjadi seorang istri wanita membukakan pintu syurga untuk suaminya.
Jika ia membahagiakanya.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Ketika menjadi seorang ibu, wanita membukakan pintu syurga Ûñtûk anak-anaknya.
Jika ia berbakti padanya.

Sungguh mulianya seorang wanita, betapa beruntung yang memuliaknya dan betapa merugi yang menyakitinya.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

♥♥ ♡ ツ ♥♥

aKu TiDaK pErNaH

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, October 30, 2012 4:16 PM

•❤•Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yg memilihmu untukku....♥

•❤•Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu...♥

•❤•Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah yg telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu...♥
...
•❤•Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...
Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu....♥

•❤•Itulah aku adanya....
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri....♥
Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang kurasakn di saat ini....♥

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

~KeNaPa KaMu BeRcOuPLe~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 4:11 PM

Ustaz : Kenapa kamu bercouple dengan dia???

Remaja : Sebab saya cintakan dia la ustaz.

Ustaz : Apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?


Remaja : Saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati utk dia.

Ustaz : Boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

Remaja : Ustaz ni gila ke? mati la saya kalau macam tu.

Ustaz : ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia. Tanpanya, kamu akan mati. Bukankah ALLAH telah buktikan cintaNYA kepada seluruh manusia. Kamu sanggup mati untuk cinta manusia, tapi sanggupkah kamu mati untuk PENCIPTA cinta itu???

Tepuk dada tanya iman..

~PaDa KeTiKa~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 4:07 PM

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

~JiKa MaNuSiA~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 4:06 PM

Jika manusia mengecewakanmu,Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu . .

Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu..

Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu..

~BaCa Dan ReNuNg2KaNLaH~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:59 PM

:: Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."


Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin..

~TaK BoLeH TaPi BoLeH~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:51 PM

kita tak boleh nak jadi yang sempurna untuk orang lain..
kita tak boleh nak jadi yang terbaik untuk orang lain..
kita tak boleh nak jadi yang terhebat untuk orang lain..
kita tak boleh nak jadi kebanggaan orang lain..

TAPI

kita boleh jadi yang sempurna, yang terbaik, yang terhebat untuk ayah dan ibu kita..

SEBAB

kita adalah kebanggaan mereka..

s0, kalau kena tinggal dengan pakwe/makwe hampa..anggap je ada yang jauh lebih baik dan yang terbaik sedang menunggu kita..

DAN

kita masih ada KEKASIH HATI yang jauh lebih setia dan sentiasa bersama kita tak kira apa pun yang berlaku...

JADI

BERSYUKURLAH sebab DIA tak tinggalkan kita dan akan bersama kita hingga akhir hayat kita..

insyaALLAH..amin ::

♥ Ada ketikanya.. ♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, October 24, 2012 10:44 AM

♥ Ada ketikanya.. ♥
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
♥ Namun kita tetap menyayangi dia... Kerna APA? Kerna kita terima dia seadanya...

~aPaBiLa KiTa SaKiT~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 10:42 AM

Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,
Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama,
Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.... ♥