Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

SALAHKAH BILA AKU CEMBURU ?

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, February 19, 2013 6:23 PM

Bukanku tak percaya padamu aku hanya tak percaya pada diriku sendiri…

Kadang aku masih bertanya dalam hatiku pantaskah aku untuk mu…

Kadang aku masih bertanya dalam hatiku bisakah aku menjadi yang terbaik untuk mu…

Kadang aku masih bertanya mampukah aku buat mu mencintaiku apa adanya diriku…

Kadang aku masih bertanya mampukah aku mempertahankanmu hinggah nanti sampai maut memisahkan kita….

Maafkan aku bila mungkin sifat ku masih seperti anak kecil...

Aku tau kadang kamu tak suka dengan sikapku ini…

Tapi mengertilah semua karena aku SANGAT SAYANG KAMU…

Aku cemburu, aku diam, bahkan kadang sejenak aku menghindar darimu bukan ku benci itu kerana ku tak sanggup MARAH kamu

Mengertilah semua yang aku lakukan kerana ku menyayangimu...

Bukan aku tak percaya padamu… aku hanya kurang percaya pada diriku sendiri…

Ku harap kamu mahu yakinkan hatiku agar aku bisa percaya pada diriku sendiri… agar tak lagi ku resah tuk hadapi semua yakinkan aku bahawa hanya aku yang ada di hatimu saat ini dan selamanya...

Hanya satu pintaku jagalah hati dan cinta kita agar selalu kuat walau berbagai cubaan dan ujian yang akan mendatang...

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, February 8, 2013 2:34 PM

~✿..Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..✿~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥

Dia mungkin ahli syurga

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 2:32 PM

Ketika singgah di sebuah surau di Melaka untuk bersolat Maghrib semalam, kelihatan ianya lengang dari didatangi pengunjung. Taman permainan masih riuh rendah dengan gegak-gempita kegembiraan suara anak-anak muda Melayu.

Seorang pemuda membersihkan diri di perkarangan surau sebelum masuk waktu Maghrib. Dari air mukanya yang jernih, saya dapat mengagak bahawa dia pemuda yang baik, berasal dari Bangladesh (B).

Dr Z : Assalamu'alaikum. Siapa nama?
B : Wa'alaikum salam. Munzeer Alam...tersenyum :)
(kalau tak silap, Munzeer Alam ertinya pemberi peringatan kepada 'alam)

Dr Z : Asal dari Bangladesh? Dakka? Chittagong?
B : Saya dari Dakka tapi kampung sikit...

Dr Z : Sudah berapa lama di Melaka? Kerja di mana?
B : Sudah ampat tahun. Kilang sana tu...

Dr Z : Macam mana kerja di sini? Berapa dapat sebulan?
B : Kerja teruk sikit tapi saya perlu cari duit untuk amak, papa & adik juga. Keluarga saya susah di Bangladesh. Sini kilang bagi RM 675 satu bulan tapi kalau ada OT dapatlah RM 1 ribu lebih sikit.

Dr Z : Berapa banyak boleh hantar kepada keluarga sebulan?
B : Tengok berapa banyak OT. Kalau tak ada OT, satu bulan hantar RM 400. Kalau ada OT, satu bulan hantar RM 700. Saya belanja dlm RM 200+ satu bulan utk makan saja lah

Dr Z : Cukup ke RM 200+ sebulan belanja di Melaka?
B : Cukup lah...(senyum). Saya jimat supaya keluarga tak susah di Dakka. Penting sekali saya buat baik, sembahyang jamaah 5 kali satu hari, doa untuk semua umat

Dr Z : Ok lah Munzeer. Sudah masuk Maghrib, tiada orang surau ni. Biar saya azan Maghrib.....(bersalaman mengakhiri perbualan)


........saya beredar sambil berfikir. Hebat juga pemuda ni, pengajian tak setinggi mana, kerja kilang, dia tak glamour atau dikenali oleh sesiapa tetapi amalannya adalah amalan ahli syurga.

Ya Allah pilihlah aku untuk bersama di kalangan ahli-ahli syurgaMU...

::Pesanan Buat Suami::

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, February 7, 2013 1:20 PM









Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
 

KITA IBARAT PINGGAN

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, February 5, 2013 12:22 PM

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

************************

**Saya, anda dan kita semua pernah melakukan dosa. Jalan terbaik melepaskan belenggu dosa dari tekuk sendiri adalah dengan bertaubat. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun.