Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

~DoA~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, July 27, 2012 3:34 AM


Doa tidak selalu mampu mengubah keadaan,
tapi ia mampu mengubah cara pandang kita.

Doa tidak selalu mampu mengembalikan mereka yang kita cintai,
tapi mampu memberikan kebahagiaan bagi mereka.

Doa tidak mampu mengulang waktu,
tapi mampu membuat kesempatan datang kembali.

Doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur,
tapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu.

Maka jangan pernah ragu untuk berdoa,
Kerana..
ALLAH TIDAK PERNAH JEMU MENDENGAR DOA KITA.. :)


~HaRgAiLaH iBu & aYaH KiTa~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:25 AM


αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..

Wahai Anak..

Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa kamu maka jangan kamu menyusahkan mereka.

Jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka maka jangan kamu membuat mereka sedih.

Jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum maka jangan kamu membuat mereka menangis

Jika kamu tidak mampu membanggakan mereka maka jangan kamu kecewakan mereka.


♥ SaYa TaK MiNTaK ♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:23 AM

♥ saya tak mintak yang terbaik tapi saya mintak yang boleh menjaga saya dengan baik.

♥ saya tak mintak yang alim tapi saya mintak yang boleh membimbing saya pada jalan allah.


♥ saya tak mintak yang romantik tapi saya mintak yang boleh mengingati saya.


♥ saya tak mintak yang lawa/kacak tapi saya mintak yang sedap mata memandang.


♥ saya tak mintak yang berharta tapi saya minta yang bersyukur dengan seadanya.

~DAKWAH~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:21 AM

DAKWAH itu bukan sindiran,
DAKWAH itu bukan memerli,
DAKWAH itu bukan menakut²kan,
DAKWAH itu bukan kekerasan,
DAKWAH itu bukan paksaan,
DAKWAH itu bukan terjahan,

Namun.. DAKWAH itu adalah ajakan..

Ajakan bagaimana?
Ajakan yg paling berhikmah,
Kerana DAKWAH bermula dengan membina jambatan Hati,
DAKWAH terbaik adalah yg memenangi hati, bukan yang mengguris hati.. tabarakallah.. :)

Sekian dan selamat beramal...

♥ ADA TIGA PERKARA ♥

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:18 AM

♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI ♥

1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan

♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥

1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, Iri Hati, Dengki.

♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥

1. Cinta Kasih
2. Keluarga
3. Sahabat

✿Bila ada orang MENASIHATI KITA✿

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 3:15 AM

Bila ada orang MENASIHATI KITA »»» BUKAN bermaksud DIA LEBIH BAIK,

✿ Bila ada orang MENASIHATI KITA »»» BUKAN bermakna DIA LEBIH 'ALIM',


✿ Bila ada orang MENASIHATI KITA »»» BUKAN bererti DIA MENUNJUK PANDAI,


✿ TETAPI semata² kerana DIA MENYAYANGIMU &


✿ DIA MENGINGINKAN yang TERBAIK buat diri KITA & Dirinya jua !

~ApABiLa KaMu~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 2:43 AM

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT


✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA


✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan..


✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.

Ku Tetap Menanti

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, July 24, 2012 12:51 AM

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu

*_*

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 12:50 AM

My heart was taken by u, br0ken by u and n0w is in pieces bc0z of u..even when I p0ur my heart out to u, I'm n0t sure it sh0ws, that I luv u m0re than you'll ever kn0w...I know in reality we can't be together, so I just cl0se my eyes and y0u're right here with me... but in my dreams y0u're mine f0rever..every n0w and then I have the feeling I've t0tally lost my mind.. It's a great feeling..I'm hurt all the time..I don't want to cry for the way I feel inside..

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala

Bukan Babu, Bukan Ratu

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP 12:47 AM

Kesimpulannya, tidak perlu highlight istilah ' ratu ' kepada wanita sebagai memberi layanan buat suami, apatah lagi istilah 'babu' bagi menggambarkan kerja2 seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga, takut2 jika wanita hanya mengambil yg 'manis' sahaja daripada kenyataan para ulama tanpa pernah bermuhasabah tentang peranan menjadi hamba Allah yg terbaik di muka bumi ini.

kesenangan yg sebenar adalah apabila berada 'disana' nanti. isteri solehah menjadi permaisuri bidadari, manakala suami yg soleh menjadi raja yg dilayani sepenuh hati. di dunia ini tempat kita menuai budi dan menabur bakti. insyaallah, sekecil zarah kebaikan pasti berbalas jua dengan kebaikan di sisi ilahi..

insyaallah.. :)

~Petua Wanita Untuk Menjadi Penyeri Rumahtangga ~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, July 6, 2012 3:53 PM

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya