Janganlah terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT,
kerana gelaran kita terakhir nanti adalah AL-MARHUM
Janganlah kita terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang CANTIK atau KACAK,
kerana rupa wajah kita terakhir nanti cuma TENGKORAK
Janganlah kita EGO dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana,
kerana rumah terakhir kita nanti adalah KUBUR
Janganlah teralu seronok dengan te
tmpat tidur yang EMPUK dan NYAMAN,
kerana tempat tidur terakhir kita nanti adalah LIANG LAHAD
Jangan bangga dan ACTION sangat dengan KENDERAAN mewah,
kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA
Jangan bangga sangat dengan pakaian CANTIK & MAHAL,
kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN
Kepada gadis-gadis yang menaruh hati kepada Wan Zack, dinasihatkan
supaya melupakan hasrat tersebut. Khabarnya hati jejaka tampan ini telah
pun dicuri oleh seorang gadis. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak perlu jeles-jeles. Doakan sahaja kebahagiaan mereka.Semoga Wan Zack akan meneruskan aksi cemerlangnya di perlawanan separuh
akhir menentang Thailand nanti.
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
3:11 PM
Pernahkah
bertanya pada kekasih atau suami, "kenapa kamu mencintaiku?" Setidaknya
3 dari 5 orang pernah menanyakan hal ini pada kekasih atau suaminya.
Dan, jawaban yang diperoleh tak selamanya romantis, kan? Bahkan sebagian
besar pria malah meresponnya dengan kemas, "tak cukupkah kehadiranku
menjawabnya?"
Berikut adalah sebuah kisah yang dititipkan oleh
para pria tentang cinta mereka... Suatu hari, seorang pasangan kekasih
sedang berjalan-jalan di taman. Dipetiknya sebuah bunga yang cantik oleh
si pria dan diberikan kepada kekasihnya, "ini untukmu sayang." Di luar
dugaan, kekasihnya justru terdiam. Tak berapa lama kemudian ia bertanya
pada kekasihnya?
Wanita: Kenapa kau menyukaiku? kenapa kau mencintaiku?
Pria: Aku juga tidak tahu alasannya. Tetapi aku sangat menyukaimu, aku mencintaimu, sayang.
Wanita: Kamu jahat. Kamu bahkan tidak bisa menyebutkan satu alasanpun
mengapa kau menyukai aku. Kalau suatu saat nanti ada yang lebih cantik
dari aku pasti kau akan meninggalkan aku. Bagaimana bisa kau bilang kau
mencintaiku jika kau tak tahu alasannya?
Pria: Aku benar-benar
tidak tahu alasannya, sayang. Tetapi, bukankah perhatian, kasih sayang
dan kehadiranku di hidupmu sudah menjadi bukti cintaku?
Wanita: Bukti apa? Semua tidak membuktikan apapun. Aku hanya butuh
alasan, kenapa kamu bisa menyukaiku? Kenapa kamu mencintaiku?
Pria: Baiklah, akan kucoba cari alasannya. Eum... karena kamu cantik,
kamu punya suara yang indah, kulitmu halus, rambutmu lembut... Cukupkah
alasan itu? Kekasihnya kemudian mengangguk, dan menerima bunga itu
dengan senang hati.
***
Beberapa hari kemudian,
sebuah kecelakaan menimpa wanita tersebut. Ia harus kehilangan rambutnya
yang panjang dan lembut karena terjepit dan terpaksa harus dipotong. Ia
juga harus kehilangan suara dalam beberapa waktu karena pita suaranya
terbentur keras. Kulitnya yang dulu halus mulus kini terpapar beberapa
jahitan. Ia terbaring tak berdaya.
Di sampingnya ada secarik surat. Iapun membacanya.
"Kekasihku,
Karena suaramu tak lagi semerdu dulu, bagaimana aku bisa mencintaimu?
Dan karena rambutmu kini sudah tak panjang dan lembut lagi, aku tak bisa membelainya. Aku juga tak bisa mencintaimu.
Apalagi kini banyak jahitan di wajahmu yang dulu mulus.
Jika benar cinta itu butuh alasan, kurasa aku benar-benar tak bisa mencintaimu lagi sekarang.
Tetapi....
Cintaku bukan cinta yang palsu.
Cintaku kepadamu tulus. Aku menyukai dirimu yang apa adanya. Aku tidak
jatuh cinta karena kau punya suara yang merdu, rambut yang indah serta
kulit yang mulus. Aku mencintaimu tanpa alasan apapun.
Sampai
kapanpun, aku tetap akan mencintaimu. Sekalipun nanti rambut putihmu
mulai tumbuh, kulitmu mulai menua dan keriput, aku selalu mencintaimu.
Menikahlah denganku..."
Cinta tak pernah membutuhkan alasan. Ia juga akan tetap hadir secara
misterius. Datang tanpa pernah diduga sebelumnya. Percayalah akan
kekuatan cinta, karena kau tak pernah tahu seberapa besar ia akan
membuat hidupmu bahagia.
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
12:35 PM
Segala puji dan syukur ku panjatkan pada-Mu ya Allah..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad,Rasul junjungan..
Ya Allah.. Dengarlah.. Rintihan hati seorang hamba-Mu..
Ya Allah..
Suatu ketika dahulu..
Aku bukanlah seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna..
Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki kelembutan yang didamba oleh setiap Hawa..
Aku bukanlah seorang wanita yang bergelar anak solehah..
Aku bukanlah seorang wanita yang menjaga ukhwah..
Aku.. bukan seorang wanita yang bergelar hamba yang taat kepada-Mu..
Aku tertatih sendiri mencari jalan dan arah hidup..
untuk memperoleh Reda-Mu,cinta-Mu..
siapa aku kini Al-haadi,tanpa petunjuk-Mu ?
siapa aku kini Al- Latif,tanpa kelembutan-Mu ?
siapa aku kini Al-Nur,tanpa cahaya-Mu ?
siapa aku kini Al-Sobur,tanpa kesabaran-Mu ?
Engkau mendetikkan hatiku untuk mencari-Mu dengan kudus cinta-Mu..
petunjuk-Mu membuktikan segalanya..
kelembutan-Mu yang merinduiku dengan segenap ujian..
cahaya-Mu dengan setiap penyelesaian..
kesabaran-Mu dengan setiap luahan hatiku..
Ya Allah..
Andai engkau tidak menjentikku..
sudah pasti aku masih tersasar dari jalan-Mu..
Al-Qadar.. Engkau Maha Menentukan..
tentukanlah yang terbaik untukku..
dalam kehidupan duniaku dan akhiratku..
Ya Ghaffar,Ya Ghaffur..
Keampunan-Mu dan kemaafan-Mu seperti Karim-Mu..
Engkau lah yang Maha Pemurah..
Ampunilah aku.. akan segala dosaku..
Ya Allah..
jadikan aku wanita yang menjadi hamba-Mu yang taat..
jadikan aku wanita yang menjadi anak yang solehah..
jadikan aku wanita yang menjadi pelajar yang cemerlang..
jadikan aku wanita yang menjadi seorang penjaga ukhwah..
andai aku kau pertanggungjawabkan untuk melengkapi rusuk adam..
jadikan aku wanita yang menjadi isteri solehah dan sempurna..
yang memperoleh reda suami dunia dan akhirat..
andai aku dan adam itu kau anugerahkan zuriat..
jadikan aku dan dia seorang "umi dan walid" yang mampu membimbing amanah-Mu melayari bahtera Islam..
Amin..
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
11:40 AM
derita kita
derita kita menanti..majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa
derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza..
para ibu di negara kita..
derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???
bumi gaza...2012..
menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion..
wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai gaza
kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan
minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-isteri mu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci
wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu
wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu melawan segala yang jadi musuh Allah
wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terima lah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
11:39 AM
Mana yang patut dimalukan?
◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?
◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?
◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?
◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?
◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?
◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?
MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG
SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa
yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala
pemberianNya..jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR, insyaALLAH..
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
11:37 AM
♥
Tertipu dengan keseronakan dan tipu daya dunia yang sementara sahaja.
Orang yang kurang cerdik akan menjadikan dunia sebagai matlamat
kehidupan mereka. Sedangkan dalam Islam matlamat kehidupan seseorang
individu itu ialah akhirat yakni untuk mencari keredhaan Allah s.w.t
semata-mata.
♥ Silap memilih
kawan sehingga mereka berkawan dengan orang-orang fasik. Seseorang itu
akan berada pada agama kawannya. Sekiranya ia berkawan dengan penjual
minyak atar maka sekurang-kurangnya ia juga akan berbau wangi, begitu
juga sekiranya ia berkawan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan
terkena percikan bunga api.
♥ Berterusan melakukan maksiat
atau dosa tanpa ada usaha untuk bertaubat. Setiap kali seseorang itu
melakukan satu dosa maka Allah akan titikkan satu titik hitam pada
hatinya. sekiranya ia bertaubat maka titik hitam itu akan ditarik balik,
tetapi sekiranya ia tidak bertaubat maka pada akhirnya seluruh hatinya
akan dilitupi oleh kegelapan lalu ia pun tidak nampak kebenaran atau
hidayah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t buat hamban-Nya.
*Apabila
hati seseorang itu sudah menjadi keras, maka ia susah hendak memahami
dan mengamalkan tuntutan agama, malahan mereka tidak akan menerima
kebenaran walaupun mereka mengetahui hakikat kebenaran itu sebagai
contoh betapa ramai orang tidak solat walaupun mereka mengetahui
kewajipan solat tersebut. Betapa ramai remaja yang mendedahkan aurat
mereka di khalayak ramai sedangkan mereka mengetahui kewajipan menutup
aurat.*