Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Ciri Persahabatan Kerana Allah S.W.T.

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, November 9, 2011 7:57 PM

1- Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia kan melindungimu.

2- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan itu.

3- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia kan membantu.

4- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikkan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5- Jika ia mendapat sesuatu kebaikan ( bantuan) daripada mu, ia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu.

6- Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya.

7- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8- Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahan mu.

9- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahan mu ( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).

10- Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkan mu.

11- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia kan membantu mu.

12- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

0 Response to "Ciri Persahabatan Kerana Allah S.W.T."