Duhai
calon imamku yang tertulis di Lauhul Mahfuz yang masih menjadi rahsia
ilahi..
Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap
malamku,dalam setiap tasbih cintaku..
Aku akan berusaha mencintaimu
dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku..
Jagalah aku bila
engkau benar mencintaiku kerana Allah..
Kerana cinta tidak akan saling
merosak tapi saling menjaga..
Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa
cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti..
Ku tunggu engkau dalam
gerbang ke halalan yang akan kita bina bersama dan menjalani hidup dalam
meraih redha-Nya..
Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga
cinta yang kita bina kerana Allah...