EMPAT WANITA DALAM SYURGA DAN EMPAT WANITA DALAM NERAKA
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, April 22, 2013 12:30 PM
4 Wanita dalam surga :
1. Wanita yang menjaga diri dari berbuat haram, berbakti pada Allah swt, Rasul dan suaminya.
2. Wanita yang menerima dengan senang hati keadaan serba kekurangan dengan suaminya dan banyak keturunannya serta penyabar.
3. Wanita yang bersifat pemalu dan bila suaminya pergi ia menjaga diri
dan harta suaminya dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari
perbuatan yang tidak layak.
4. Wanita yang ditinggal mati suaminya dan mempunyai anak
masih kecil lalu menahan dirinya untuk kawin lagi kerana ingin mengurus
anak-anak dan mendidik serta memperlakukannya dengan baik, dan bersedia
kawin lagi kerana khuatir anaknya akan sia-sia/terlantar.
4 Wanita dalam neraka (kecuali telah bertobat) :
1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia
tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memaki/memarahinya.
2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.
3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain dan keluar
rumah dengan menampakkan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik
perhatian laki-laki lain.
4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti pada Allah swt dan suaminya.
Ya Allah... Jadikan kami wanita2 yang sentiasa merasa cukup dan
bersyukur kepadaMu, jadikan kami wanita2 yang sentiasa menjaga diri dan
kehormatan kami. Amin.
Ya Allah, jadikanlah kami menjadi hamba yang bersukur atas segala rezeki yang kau beri, dan mudahkanlah rezeki.