Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
12:15 PM
♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah
PERANCANGAN ALLAH.
♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH
yang RANCANG.
♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa,
ALLAH yang ATURKAN.
♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga
kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH
yang DETIKKAN dalam hati kita.
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
11:55 AM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.
2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.
4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.
6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW
8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA
11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA
13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA
14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA
16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA
18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA
20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA
22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA
24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA
25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH
26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA
27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA
28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA
30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW
Pada 25 November lalu, pelawak popular Nabil Ahmad telah menyambut kelahiran anak perempuannya. Isteri Nabil,
Nazirah Ayub mengadu sakit sekitar jam 3 pagi (Ahad), bayi perempuan
seberat 2.67 kg dilahirkan secara pembedahan di sebuah klinik swasta di
Shah Alam. Kata Nabil lagi, sepatutnya bayi mereka dilahirkan 3 minggu
lagi. Bergelar
bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil. “Saya
gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya. Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.
Bayi tomey Nabil diberi nama “NAIRA MIKAYLA”...wah2 gabungan nama Nabil n Nazirah...apa2 pon,tahniah untuk Nabil n Nazirah
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
5:01 PM
Hampir
semua ubat memiliki kesan sampingan dan selalu dianggap sebagai suatu
hal yang buruk. Tapi ternyata ada beberapa kesan sampingan ubat yang
justru membawa keberuntungan.
Beberapa studi berhasil menunjukkan kesan sampingan positif dari suatu
ubat yang boleh memberikan manfaat. Misalnya peneliti AS menemukan
kesan sampingan terapi hormon estrogen untuk mengatasi menopause boleh
membantu mengurangi risiko terkena barah payudara. Lalu viagra yang awalnya digunakan sebagai ubat serangan jantung, justru boleh bermanfaat sebagai ubat mati pucuk.
"Namun kita tidak harus mengambil ubat tertentu yang tidak diperlukan
dengan harapan boleh mendapatkan kesan sampingnya saja,"
Selain itu ada pula beberapa kesan sampingan positif yang boleh didapatkan dari ubat-ubatan tertentu, yaitu:
1. Ubat titis mata untuk pertumbuhan rambut
Obat titis mata yang digunakan untuk pengubatan glaukoma ternyata boleh
membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan juga bulu mata. Obat titis
mata ini bekerja untuk mengatasi tekanan bola mata, tapi pada beberapa
pesakit boleh memicu pertumbuhan rambut di kepala, bulu mata dan alis
yang lebih tebal serta lebih gelap.
2. Ubat diabetes boleh mencegah barah
Peneliti dari Oxford University menuturkan ubat diabetes type 2 yaitu
Metformin boleh mengurangi risiko terkena barah. Penderita diabetes
diketahui berisiko terkena beberapa jenis barah, tapi studi menunjukkan
risiko ini boleh dikurangi ketika seseorang mengambil metformin untuk
membantu mengontrol kadar gula darahnya.
3. Ubat statin boleh meningkatkan kehidupan seks lelaki
Statin adalah ubat penurun kolesterol yang banyak digunakan orang untuk
melindunginya dari penyakit jantung. Tapi ternyata ubat ini juga boleh
membantu kehidupan seksual laki-laki yang tidak mampu merespons viagra.
Selain itu Dr Stephen Freeland dari University of Maryland menuturkan
statin juga memiliki peranan penting dalam memperlambat pertumbuhan
barah prostat.
4. Pil perancang keluarga boleh mengurangkan risiko barah ovarium
Pil perancang oral boleh mengurangkan risiko barah ovarium. Perempuan
yang mengambil pil perancang oral kombinasi (mengandung estrogen dan
progesteron) boleh mengurangkan risiko barah ovarium sebanyak 20 persen.
5. Aspirin untuk mengatasi depresi
Sebuah studi dalam jurnal Psychotherapy And Psychosomatics menunjukkan
aspirin boleh memiliki kesan mengurangkan depresi di otak. Peneliti
Australia menuturkan kesan sampingan ini kemungkinan berasal dari aliran
darah yang meningkat dan berkurangnya peradangan.
6. Valium untuk mengontrol nyeri
Diazepam atau dikenal dengan valium pada awalnya diresepkan untuk
mengatasi kecemasan. Tapi sifatnya yang boleh membuat rileks meluas
hingga ke otot, sehingga kesan sampingan dari diazepam yang meluas ini
diakui dan diresepkan untuk mengontrol rasa nyeri dan kejang otot.
7. Terapi penggantian hormon boleh meningkatkan daya otak
Ilmuwan dari Durham University menemukan perempuan menopause yang
menggunakan terapi penggantian hormon (hormon replacement theraphy/HRT)
dapat lebih baik dalam melakukan tugas yang melibatkan koordinasi
motorik halus.
Posted by
BiLa JeJaRi MeNaiP
4:50 PM
Boleh dikatakan semua orang akan menulis resume
dengan bersandarkan contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun
resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume
tanpa strategi yang menarik dan mampu memikat, ia sebenarnya adalah satu
masalah.
Masalah yang saya maksudkan ini
adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada
elemen-elemen memikat. Hanya biasa-biasa saja. Kata orang, tiada x-factor.
Contoh mudah adalah seperti
“menyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan
baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang
betul. Ada yang tinggi dan ada yang rendah.
Kepelbagaian nod dan intonasi dalam
nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Bak kata juri,
ada dinamik. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok
iramanya. Atau dalam erti kata lain mendatar sahaja. Pastinya orang akan
cakap bilalah dia ni nak habis menyanyi. Kalau lagu tak sedap, rasa
macam lama aja. Huhuhu...
Sekarang, saya kaitkan pula dengar
penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan
menghasilkan satu resume yang mendatar. Gagal menarik perhatian bakal
majikan yang melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik
kepada resume anda.
Di sini, misi anda adalah untuk
mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di
sesebuah organisasi, anda perlulah mempromosikan diri anda sehabis baik
agar bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri
anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul
untuk menarik perhatian bakal majikan.
Ramai di antara kita yang menulis
resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika
anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan
tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja.
Jadi, lebih baik jika anda menulis
resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis
satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis
resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume
sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan
kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke
temuduga.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat
yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang
syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut
keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi
keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda
unsur-unsur penipuan.
Anda mesti jujur dalam penulisan
resume. Sebagus mana pun resume anda, tetapi jika ada unsur penipuan,
anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih
teruk lagi jika resume anda berjaya terpilih untuk ditemuduga nanti.
"Kantoinya berkali-kali ganda"
Kesimpulannya, lakukan kajian tentang
kemahuan syarikat tempat anda memohon kerja terlebih dahulu. Kemudian
barulah penuhi kemahuannya melalui resume anda.
Contohnya seperti menjawab ujian
‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari
jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas
anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah
bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.
Betul tak?