Pikat Majikan Melalui Resume
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, November 27, 2012 4:50 PM
Boleh dikatakan semua orang akan menulis resume
dengan bersandarkan contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun
resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume
tanpa strategi yang menarik dan mampu memikat, ia sebenarnya adalah satu
masalah.
Masalah yang saya maksudkan ini
adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada
elemen-elemen memikat. Hanya biasa-biasa saja. Kata orang, tiada x-factor.
Contoh mudah adalah seperti
“menyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan
baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang
betul. Ada yang tinggi dan ada yang rendah.
Kepelbagaian nod dan intonasi dalam
nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Bak kata juri,
ada dinamik. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok
iramanya. Atau dalam erti kata lain mendatar sahaja. Pastinya orang akan
cakap bilalah dia ni nak habis menyanyi. Kalau lagu tak sedap, rasa
macam lama aja. Huhuhu...
Sekarang, saya kaitkan pula dengar
penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan
menghasilkan satu resume yang mendatar. Gagal menarik perhatian bakal
majikan yang melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik
kepada resume anda.
Di sini, misi anda adalah untuk
mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di
sesebuah organisasi, anda perlulah mempromosikan diri anda sehabis baik
agar bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri
anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul
untuk menarik perhatian bakal majikan.
Ramai di antara kita yang menulis
resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika
anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan
tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja.
Jadi, lebih baik jika anda menulis
resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis
satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis
resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume
sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan
kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke
temuduga.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat
yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang
syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut
keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi
keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda
unsur-unsur penipuan.
Anda mesti jujur dalam penulisan
resume. Sebagus mana pun resume anda, tetapi jika ada unsur penipuan,
anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih
teruk lagi jika resume anda berjaya terpilih untuk ditemuduga nanti.
"Kantoinya berkali-kali ganda"
Kesimpulannya, lakukan kajian tentang
kemahuan syarikat tempat anda memohon kerja terlebih dahulu. Kemudian
barulah penuhi kemahuannya melalui resume anda.
Contohnya seperti menjawab ujian
‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari
jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas
anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah
bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.
Betul tak?