Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Senjata Makan Tuan

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, November 21, 2012 11:36 AM

Abu : Ali, aku ada satu kemusykilan lagi ni. Dan aku masih tidak berpuas hati !

Ali : Apa dia tu Abu?

Abu : Ok, kau kata hari tu kita BOIKOT mana yang kita tidak PERLUKAN. Tapi aku tengok kau guna juga FB, GOOGLE, YAHOO, dan TWITTER serta yang sewaktu dengannya. Kau ni 'Cakap X Serupa Bikin' la aku tengok.

Ali : Sekarang ini, cuba kau bayangkan kau sedang berada di MEDAN PERANG menentang Yahudi Zionis. Katakan ketika itu ada sebuah KERETA KEBAL ZIONIS yang boleh kau gunakan untuk mengalahkan mereka. Agak-agak apa yang kau buat ?

Abu : Aku ambik la, kemudian aku guna untuk serang mereka semula.

Ali : Sama juga halnya dengan FB, TWITTER dan sebagainya. Adakah salah kalau kita gunakan FB or TWITTER sebagai medium untuk menyampaikan kebenaran kepada orang ramai ? Kaedah ini dikenali sebagai 'MANIPULATION'. Pernah dengar pepatah 'Senjata Makan Tuan' ?.

Abu : Pernah.

Ali : Kita gunakan kesempatan yang ada untuk 'backfire' mereka. Lagi satu, jangan kerana sesuatu produk itu adalah buatan YAHUDI, maka kita terus BOIKOT. Kena tengok keadaan juga sama ada benda itu perlu untuk kita atau tidak. Saya tahu FB ni diasaskan oleh seorang yang berbangsa YAHUDI. Tapi YAHUDI dan ZIONIS ada perbezaannya. Jadi kena bijak menilai mana yang patut dan tidak patut.

Kalau kita tidak gunakan FB atau medium lain, bagaimana kita mahu berkongsi maklumat tentang keadaan saudara2 kita di PALESTIN, SYRIA, IRAQ dan di semua tempat ? Sedangkan kita tahu sebahagian besar penduduk dunia menggunakan FB.

Berfikir kena luas, jangan sempitkan. Bila kita sempitkan pemikiran kita maka perkara mudah kita jadikan rumit pula. Harap lepas ni tidak timbul isu pasal FB, TWITTER, GOOGLE dan sebagainya mesti diBOIKOT.

Abu : Tapi kompom lepas ni akan timbul punya...

Ali : Makanya kita kena ingatkan. Bukan MELAYU sahaja MUDAH LUPA, tetapi seluruh MANUSIA MUDAH LUPA.

0 Response to "Senjata Makan Tuan"