Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Konsert 'Untukmu Palestin' Tampil Artis Hebat

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, November 30, 2012 4:59 PM

Susulan daripada pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, TV3 dengan kerjasama Primeworks Studios bakal menerbitkan mini konsert amal ‘Untukmu Palestin’ pada 29 November ini (Khamis) yang akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bermula jam 11.00 malam.
 
‘Untukmu Palestin’ yang akan bersiaran selama satu jam menampilkan barisan artis hebat seperti Faizal Tahir selaku teraju utama dan turut ditemani oleh Aizat, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Noh Salleh (Hujan), Tomok dan Misha Omar. 
 
Konsert ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad dan inisiatif murni untuk membantu ribuan mangsa serangan tentera Israel.
 
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu ialah 'Zikir Terapi – Astaghfirullahal’azim', 'Untukmu Palestin', 'Kembara Di Tanah Gersang', 'Kau Yang Satu', 'Kembara', 'Erti Hari Ini', 'Anti Graviti' dan 'Insyallah'.

0 Response to "Konsert 'Untukmu Palestin' Tampil Artis Hebat"