Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

~JaNgAn TeRLaLu MuDaH mEmBuaT aNdAiAn~

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, November 16, 2012 12:26 PM

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata 
“Eee perempuan kotor ni” 
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun. 

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata
“ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” 

Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. 

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata 
“orang gila ! jangan kacau aku” 
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. 

 
Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata  
“euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” 
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. 
 
KESIMPULANNYA,
 
jangan terlalu mudah membuat andaian... 
Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI

0 Response to "~JaNgAn TeRLaLu MuDaH mEmBuaT aNdAiAn~"