Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Deligasi doktor sedunia tiba di Gaza

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, November 28, 2012 2:35 PM

26 November 2012 - GAZA, (PIC)-- Deligasi Organisasi Doktor Sedunia tiba pada hari Sabtu untuk lawatan ihsan di Semenanjung Gaza, yang telah mengalami serangan Israil.

Kumpulan bantuan tersebut akan mengedarkan bekalan ubat, menjalankan beberapa pembedahan, melawat beberapa hospital dan memantau rawatan terhadap mangsa yang cedera dalam serangan penjajah.

Pasukan perubatan tersebut terdiri daripada 11 doktor daripada pelbagai kepakaran termasuk urologi, pembedahan plastik, neurologi, oftalmologi yang membawa bersama mereka pelbagai alatan pembedahan termasuk kelengkapan pembedahan mikro.

Jurucakap deligasi, doctor berbangsa Turki "Solomon Kunduz" berkata dalam kenyataannya di lapangan terbang Istanbul sebelum berlepas ke semenanjung tersebut bahawa pengeboman rambang yang dilakukan Israil telah membunuh kira-kira 165 warga Palestin dan mencederakan 1,200 yang lain.

Beliau menambah bahawa institusi kesihatan di semenanjung tersebut tidak mampu menampung jumlah itu, disebabkan kekurangan peralatan perubatan akibat sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Deligasi itu dijadualkan untuk berkhidmat selama 12 hari di Gaza dan kemudiannya akan digantikan oleh pasukan doktor sukarelawan yang lain.

0 Response to "Deligasi doktor sedunia tiba di Gaza"