Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Fadhilat Hauqalah “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, November 7, 2012 5:42 PM

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’

atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.


Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”


Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”


Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”


Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.


Allahualam

0 Response to "Fadhilat Hauqalah “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”"