Ezad Lazim Sah Putus Tunang
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, November 30, 2012 4:58 PM
Pelakon dan penyanyi, Ezad Lazim mengesahkan bahawa ikatan pertunangan
bersama Asliza Abdullah yang juga merangkap pembantu peribadinya telah
putus sejak seminggu lalu.
Ezad sendiri tidak menyangka, ikatan yang terjalin sejak empat tahun
lalu berakhir seminggu sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke 33
pada hari ini (Jumaat).
"Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.
"Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia
bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan perhubungan ini,"
katanya yang dipetik dari mStar Online.
Keretakan hubungan itu dikatakan berpunca daripada pihak perempuan yang
seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dengan perkahwinan mereka. Namun
Ezad enggan menuding jari kepada sesiapa tentang perpisahan ini.
"Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus
tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar
buat kami berdua.
Ezad dan Azliza mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.