Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, December 24, 2012 6:11 PM

Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah :

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kamu mengajarnya bersolat? Menutup aurat?.. Pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kamu menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kamu akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… Kamu juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak… Jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Duhai anak-anak lelaki…. sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Sekali lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kamu juga akan ditarik menjadi penemannya.

0 Response to "4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA"