Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Kenapa bantu Gaza-Palestin?

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Tuesday, December 4, 2012 11:30 AM

1. Kerana Allah Taala. Dalam surah Assaff ayat 14:’ Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah penolong2 Allah.’ Penolong2 Allah ertinya berjuang di jalan Allah dengan pelbagai method.
2. Kerana Nabi. Sabdanya: Bukan di kalangan kami, mereka yang tak ambil hirau tentang hal ehwal orang2 Islam. Jika kita berdiam diri, kita tidak layak menjadi umat Muhammad. Sanggup?
3. Kerana persaudaraan dan ikatan kemanusiaan. Dalam surah Al-Hujuraat ayat 10: ‘Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara.’ Takkanlah kita boleh berdiam diri, sedangkan saudara kita dibelasah, dirogol dan dibunuh?
4. Kerana bangsa Yahudi memang sentiasa memusuhi kita. Surah Al Baqarah ayat 120: ‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
5. Kerana Palestin adalah tempat letaknya Masjidil Aqsa dan tanah suci ketiga dalam Islam. Ia adalah kiblat solat umat Islam yang pertama sebelum kaabah. Malah peristiwa israk mikraj juga berlaku di sini.
6. Palestin adalah tanah air banyak Nabi dan Rasul seperti Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Daud. Membantu tanah air mereka ibarat membantu dan memuliakan para Nabi itu.
 
Bagaimana nak bantu mereka?
1. Berdoa, bermunajat agar mereka dibantu Allah dan musuh Islam akan dikalahkan.
2. Mengutip dan memberi derma kepada tabung-tabung Palestin
3. Mengambil tahu, menyertai, menyebarkan dan berperanan membantu program-program berkaitan Palestin.
4. Memboikot produk-produk Yahudi dan mempromosikan alternatif kepada yang diboikot
5. Meningkatkan keimanan pada diri sendiri dan orang-orang tersayang.
 
Saya terlalu bersemangat. Saya nak hancurkan Yahudi!!!
1. Tenang, berjuang atas dasar ilmu, bukan semangat.
2. Kita berjuang bukan kerana nak menang, tapi kerana nak libatkan diri dengan perjuangan. Allah tak tanya pada hasil, tetapi pada usaha..
3. Hakikatnya, kekejaman di Palestin memberi peluang untuk kita beramal.
4. Dosa yahudi = pahala kita.
 
Kalau bukan kita, siapa lagi? Betul ke?
1. Sebenarnya kemenangan milik Allah, bukan di tangan kita.
2. Kalau kita tak tolong mereka sekalipun, Islam pasti akan menang. Ini janji Allah. Para malaikat akn turun dari langit membantu mereka.
3. Persoalannya ialah, adakah kita tersenarai dlm golongan yang memberi saham dalam kemenangan atau tidak. Kalau ya, kita memang beruntung. Kalau tak, istighfar sajalah!
4. Kita yakin dan percaya bahawa Masjid Aqsa dan sekitarnya telah dijaga Allah. Bila berlaku kekejaman sebegini, Allah nak lihat, adakah kita prihatin atau tidak, beriman atau tidak…
 
 
SELAMAT BERJUANG ATAS DASAR ILMU DAN TAQWA

0 Response to "Kenapa bantu Gaza-Palestin?"