RAHSIA HARI JUMAAT
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Wednesday, December 5, 2012 2:14 PM
PERNIKAHAN ANTARA NABI ADAM DENGAN SITI
HAWA
PERNIKAHAN antara Nabi Adam dan Siti Hawa terjadi pada hari Jumaat
berdasarkan dalil yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. daripada
Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Allah SWT menciptakan Adam pada hari Jumaat, dan menempatkannya
di dalam Syurga pada hari Jumaat, serta memberi taubat kepadanya pada
hari Jumaat pula. Maka tidaklah seorang hamba muslim berdoa kepada Allah
pada hari itu (Jumaat) melainkan Allah SWT akan memakbulkannya."
Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan oleh Allah SWT, ia melihat ke bawah
dan ke atas, maka baginda melihat tidak seorang pun dari sejenisnya untuk
dijadikan sahabat didalam kesunyian. Pada waktu itu ia sedang duduk tiba2
ia merasa tersangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah
memerintahkan kepada Malaikat Jibril as. agar mengeluarkan tulang rusuk,
sedangkan Nabi Adam tidak merasakan kesakitanya. Kemudia Allah
menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita, yang diberi
nama Hawa.
Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti
Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucianbudi pekerti
diletakkan di dalam hati Adam as. Sehingga Siti Hawa menjadi wanita yang
paling cantik disuluruh langit dan bumi, sedangkan Adam as. menjadi
seorang lelaki yang paling tinggi cintanya di seluruh langit dan bumi.
Setelah itu Allah SWT membangunkan Adam as. dari tidurnya lalu
ternampaklah Adam as. akan Siti Hawa lalu bertanya"Siapakah engkau"
Siti Hawa menjawa"Aku dijadikan oleh Allah SWt untukmu" maka Adam
mengajaknya Siti Hawa kepadanya tetapi Hawa berkata"Engkau datanglah
kepadaku" semenjak itulah sudah menjadi kebiasaannya bagi umat manusia
sebagai keturunan Adam, pihak lelaki akan meminang wanita.
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa
tetapi dilarang oleh satu suara yang menyatakan tidak halal pergaulanmu
kecuali dengan mahar dan nikah. Lalu Allah memrintahkan seluruh ahli
syurga supaya menghiasi syurga dengan seindah-indahnya dan memerintahkah
semua Malaikat dilangit supaya berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa.
Kemudian Allah berkhutbah:
"Alhamdulillah segala pujian untukKu, dan keagunganKu adalah selimut Ku,
kesombongan adalah selendangKu , seluruh makhluk adalah hamba-hambaKu.
Aku menjadikan malaikat-malaikat dan penghuni langitKu sebagai saksi. Aku
kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih tahlil keatasKu."
Kemudian para malaikat dan ahli syurga yang lain menaburkan mutiara dan
delima, lalu Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as.
bertanya kepada Allah apahak yang harus diberinya kepada Siti Hawa.
Allah SWT berfirman kepada Adam as. "Berilah selawat kepada Muhammad
supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman:
"Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah
selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah
salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu."
Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria dan yang muram. Semuanya adalah hari. Hari apakah kita dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama kita menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia ini.
Pada hari ini :
- Nabi Adam a.s berkahwin dengan Hawa
- Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha
- Nabi Musa a.s berkahwin dengan Safurah anak Nabi Syuib a.s
- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Ratu Balqis
- Nabi Muhammad s.a.w berkahwin Siti Khadijah dan juga Aishah
- Ali Abu Thalib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah
Hari Jumaat juga adalah penghulu segala hari. Berasal dari
perkataan Arab Juma'ah bermaksud dikumpulkan segala hari padanya. Di
melayukan menjadi Jumaat.
p/s : semua yang ada di atas muka bumi ini juga telah disiapkan dan dikumpulkan oleh Allah pada hari Jumaat...