Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, December 17, 2012 4:42 PM

Mendidik anak-anak kecil tidak sama seperti mendidik pelajar universiti. Bezanya sangat ketara. Umpama langit dan bumi. Jika anak yang berumur 17 tahun kita suruh duduk diam dan baca buku mungkin ianya mudah disuruh dengan hanya mengeluarkan kata-kata suruhan seperti biasa. Tapi tidak bagi si kecil yang berumur 2 tahun. Bukan setakat diendahkan begitu sahaja malah mengamuk lagi adalah.


Bagi anak-anak kecil, cara yang AFDAL mendidik mereka adalah dengan mendidik DARI HATI. Terus dari jiwa seorang guru. Mereka ini adalah ahli-ahli syurga yang bersih lagi suci. Tak berdosa dan tak pernah berbuat dosa. Jadi untuk memberikan ilmu kepada para ahli syurga ini haruslah ikhlas dari hati seorang pendidik.

Jangan terkejut, setiap apa perbuatan pendidik atau orang yang dipercayai akan ditiru waima membetulkan tudung sekalipun. Itulah ajaibnya apabila mendidik mereka tanpa kompromi dari hati kita. Firman Allah SWT : Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Inilah jihad ilmu. Yang setiap ibubapa juga tidak terkecuali untuk melakukannya. Sesungguhnya, sepasang ibubapa yang prihatin lebih baik daripada 100 orang guru yang berpengalaman. Jadilah GURU PERTAMA anak anda hari ini yang mendidik ikhlas dari HATI

0 Response to " "