Bukti Ini Kukuh Untuk Siasat Lee Min Hu
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Friday, December 14, 2012 11:38 AM
Pengadil ini bukan sekali "menolong"
pasukan Thailand untuk menang. Ianya bukan kali pertama buat pengadil
yang berusia 33 tahun tersebut. Apakah secara kebetulan pengadil yang
sama diberikan tugas sekali lagi untuk menangkan pasukan Thailand?
Sebelum itu, Lee Min Hu pernah mengadili
perlawanan antara Thailand dan Palestine pada 23 Julai 2011. Enam kad
kuning dilayangkan, satu kepada pemain Thailand dan lima kepada pemain
Palestin. Perlawanan berkesudahan dimenangi Thailand dengan 1-0.
Aksi Lee Min Hu memberikan sepakan
penalti kepada Thailand dalam perlawanan menentang Palestin. Jika
diteliti kembali, penyerang Thailand tersebut telah melakukan dive
dalam kotak penalti. Namun kedudukan Lee Min Hu yang berada di belakang
pemain Thailand dan tidak strategik dengan kejadian telah menjadikan
keputusan yang dibuat kena dengan lakonan yang dirancangkan. Nasib baik
tendangan penalti yang diberikan tersebut tidak masuk.
Dalam perlawanan yang (diadakan di Buri Ram, Thailand) menimbulkan kontroversi tersebut, Houssam
Wadi (pemain tengah Palestin) yang sering diasak oleh pemain Thailand
tetapi tidak dipedulikan langsung oleh Lee Min Hu.
Ini bermaksud, pemain Thailand sudah
membaca dengan masak perangai Lee Min Hu. Tidak menghairankan pemain no.
7 Thailand, Datsakorn menggunakan kemahiran itu untuk memprovokasi
Fadhli Shas hingga pemain negara menerima kad merah.
Jurulatih Thailand juga cepat membaca
perangai Lee Min Hu yang suka memberi kad, oleh kerana itu Phichiphong
Choeichiu terus dikeluarkan pada separuh masa selepas menerima kad
kuning. Thailand takut mereka pun akan hilang pemain kalau Phichiphong
terus kena kad kuning kali kedua.
Ini kali kedua, pengadil yang sama (Lee
Min Hu) diberi peluang adili perlawanan antarabangsa yang berlangsung di
Thailand. AFC ada 73 orang pengadil yang dikategorikan sebagai elit dan
Lee Min Hu juga yang dipilih untuk menjadi pengadil sekali lagi di
Thailand. Mana pengadil yang lain? Apakah ada banyak kejohanan besar di
Asia sekarang ini?
Sudah tentu Lee Min Hu yang mempunyai
rekod 143 kad (kuning dan merah) dari 34 perlawanan antarabangsa dengan
purata 4 kad setiap perlawanan akan bertindak kontroversi sekali lagi.
Itu sudah terjadi dalam perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya malam
tadi.
Apakah Lee Min Hu tidak pernah adili
perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia? Tidak, dua kali pernah
adili. Sekali ketika perlawanan persahabatan antaran Malaysia dengan
Australia, kali kedua adalah dalam aksi (gambar atas) antara Malaysia
dengan Syria.
Dalam perlawan skuad Ong Kim Swee dengan Syria, Malaysia tumpas 0-2, tetapi harus diingat dalam perlawanan itu ada 5 kad kuning yang dilayangkan oleh Lee Min Hu.
Dalam perlawan skuad Ong Kim Swee dengan Syria, Malaysia tumpas 0-2, tetapi harus diingat dalam perlawanan itu ada 5 kad kuning yang dilayangkan oleh Lee Min Hu.
Schaefer
takutkan penyokong di Bukit Jalil dalam pertemuan pertama sebagai
faktor yang boleh jejaskan prestasi Thailand. Ada sebabnya Schaefer
berkelakuan sebegitu. Besar kemungkinan Schaefer tahu faktor pengadil
boleh menangkan mereka dalam perlawanan timbal balik di Bangkok.
Pasukan taktikal Malaysia perlu berfikir faktor sebegini (pengadil dan penonton) untuk memperbaiki prestasi. Kuasa pemain ke-12 (penonton) dan pemain ke-13 (pengadil) dalam menentukan sesuatu keputusan perlawanan. Menang dalam bolasepak pada hari ini bukan sekadar kemahiran bermain bola tetapi perlu juga kemahiran membaca dan menakluki kuasa pemain ke-12 dan ke-13.
Sebab itu pemain Thailand berperwatakan agresif untuk memprovokasi Lee Min Hu agar melayangkan kad. Harimau terperangkap kerana tidak mengkaji habis perangai Lee Min Hu biarpun sudah pernah bersamanya dalam perlawanan sebelum ini (Syria dan Australia).

Prestasi pasukan Harimau Malaya juga
perlu dipertingkatkan untuk rampas semula piala AFFSuzuki pada 2014
nanti. Pasukan Harimau Muda boleh melakukannya. Nazmi Faiz juga perlu
dipanggil bersama. Apa pun, tahniah untuk Harimau Malaya.