Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Ya Allah, jagalah dia dan hatinya, peliharalah dia dari sebarang fitnah wanita-wanita dan manusia yang jahat..dekatkanlah hatinya dgnMu..jika dia yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku kini dan akan datang, satukanlah hati kami.
Ya Allah jika dia adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,aku ikhlas menerimanya dengan seadanya Ya Allah.
Satukanlah kami sepertimana Kau satukan Adam & Hawa
TETAPI
Jika dia bukan jodohku Kau tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta lelaki sehingga Kau memberiku cinta Luh Mahfuzku yang sebenarnya

Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin :)

tulang ekor bukti kebesaran Allah

Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Monday, December 10, 2012 12:17 PM

Subhaanallah, tulang ekor bukti kebesaran Allah ..

Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor, darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat, "
(HR. Al Bukhari, Nombor: 4935).

Berabad lamanya, hadith tersebut menjadi hal yang ghaib yang tidak mungkin dapat dijelaskan dengan logik. Seiring berjalannya masa beberapa kajian ilmiah mampu menjelaskan kebenaran hadis tersebut dikemudian hari.

"Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata:" Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? "Katakanlah:" Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk, "
(QS. Yasin: 78-79).

Han Spemann saintis Jerman yang berjaya mendapat hadiah nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1935. Dalam kajiannya dia telah membuktikan bahawa asal usul kehidupan adalah tulang ekor. Darinyalah makhluk hidup bermula. Dalam kajiannya dia memotong tulang ekor dari sejumlah haiwan, lalu mengimplantasikan ke dalam embrio.

Pada ketika sperma memasuki ovum (sel telur), maka pembentukan janin bermula. Ketika ovum telah membentuk (zigot) terbelah menjadi dua sel dan terus berkembang. Sehingga terbentuklah embryonic cakera (lempengan embrio) yang mempunyai dua lapisan.

Pertama, External Epiblast yang terdiri dari cytotrophoblasts, berfungsi membekalkan makanan embrio pada dinding uterus, dan menyalurkan nutrisi dari darah dan cecair kelenjar pada dinding uterus.

Sedangkan lapisan kedua, Internal Hypoblast yang telah ada sejak pembentukan janin pertama kalinya. Pada hari ke-15, lapisan sederhana muncul pada bahagian belakang embrio dengan bahagian belakang yang disebut primitive node (gumpalan sederhana).

Dari sinilah beberapa unsure dan rangkaian, seperti ectoderm, mesoderm, dan endoderm terbentuk.

- Ectoderm, membentuk kulit dan sistem saraf pusat.

- Mesoderm, membentuk otot halus sistem digestive (pencernaan), otot skeletal (kerangka), sistem peredaran, jantung, tulang pada bahagian kelamin, dan sistem urine (selain kandung kemih), rangkaian subcutaneous, sistem limpa, limpa dan kulit luar.

- Sedangkan, endoderm, membentuk lapisan pada sistem digestive, sistem pernafasan, organ-orang yang berkaitan dengan sistem digestive (seperti hati dan pancreas), kandung kemih, kelenjar thyroid (gondok), dan saluran pendengaran. Gumpalan sederhana inilah yang mereka sebut sebagai tulang ekor.

Pada kajian lain, Han cuba menghancurkan tulang ekor tersebut. Dia menumbuk dan merebusnya dengan suhu yang tinggi dan dalam masa yang sangat lama. Setelah menjadi serpihan halus, dia cuba mengimplantasikan tulang itu pada janin lain yang masih dalam tahap permulaan embrio. Hasilnya, tulang ekor itu tetap tumbuh dan membentuk janin sekunder pada guest body (organ tetamu). Meskipun telah ditumbuk dan dibakar sedemikian rupa, tulang itu tidak 'hancur'.

Dr. Othman al Djilani dan Syaikh Abdul Majid juga melakukan kajian serupa. Pada bulan Ramadhan 1423 H, mereka berdua memanggang tulang ekor dengan suhu tinggi selama 10 minit. Tulang pun berubah menjadi hitam pekat. Kemudian, kedua-duanya membawa tulang itu ke al Olaki Laboratory, Sana'a, Yaman, untuk dianalisis. Setelah diteliti oleh Dr. al Olaki iaitu pfofesor dalam bidang histology dan pathologi di Sana'a University, beliau telah menemui bahawa sel-sel pada rangkaian tulang ekor tidak terjejas. Bahkan sel-sel itu dapat bertahan walau dilakukan pembakaran lebih lama.

Lebih dari itu berdasarkan kajian mutakhir, sebagaimana yang disampaikan oleh Jamil Zaini, Trainer Asia Tenggara Kubik Jakarta ketika dalam majlis berbuka puasa bersama di al Azhar-Solo Baru dengan tajuk, "Inspiring Day; Inspiring The Spirit of Life", tulang ekor ini merakam semua perbuatan anak Adam dari sejak lahir hingga meninggal dunia. Tulang ini merakam semua perbuatan baik-buruk mereka. Dan perbuatan mereka ini akan mempengaruhi pada keadaan tulang ekornya. Putih bersih atau hitam kotor. Semakin banyak tenaga positif atau kebaikan seseorang maka semakin bersih tulang ekornya, dan semakin banyak tenaga negative atau keburukan seseorang maka semakin hitamlah tulang ekornya.

Dari sinilah balasan pada hari kiamat kelak tidak akan pernah berubah. Dari tulang ekor inilah, manusia akan kembali dan mereka akan diberi balasan setimpal dengan kadar amalan mereka. Ini semua sudah disabdakan oleh Nabi berpuluh abad yang lalu.

"Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor, darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat," (HR. al Bukhari, nombor 4935).

Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh Imam Muslim (nombor 2955): Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Seluruh bahagian tubuh anak Adam akan (hancur) dimakan tanah kecuali tulang ekor, darinya tubuh diciptakan dan dengannya dipasang kembali."

Dari hadis di atas, Ilmuwan Islam pada pertengahan abad ke-20 telah mendasarkan pemahaman mereka mengenai mukjizat hadis tentang tulang ekor ini pada kaedah pengetahuan yang paling asas, iaitu "Tulang ekor merupakan bahagian pertama yang tumbuh dari janin, biasa disebut dengan primitive streak , iaitu bahagian utama yang terbentuk pada minggu ketiga ". 

Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor
, darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat, "

0 Response to "tulang ekor bukti kebesaran Allah"