Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Semakin Akrab,Cuti Bersama
Posted by BiLa JeJaRi MeNaiP , Thursday, December 6, 2012 3:37 PM
Pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi yang sebelum ini telah berjaya
meleraikan persengketaan mereka pada ramadan lalu kini dilihat semakin
akrab dan sering berhubungan di antara satu sama lain.
Malah, kedua-dua mereka dilaporkan telah
menghabiskan masa di Genting Highlands pada hujung minggu dengan
ditemani Norman Hakim dan anak-anak. Perkara ini telah dikongsi sendiri
oleh Memey yang kini sarat mengandung 5 bulan pada majlis pelancaran
Kempen Semarak Cinta untuk saluran Astro Ria di Flora Café, Hampshire
Place, semalam.
Pasangan ini telah diterbangkan ke Medan, Indonesia untuk berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan disana.
“Selepas pertemuan pada ramadan yang
lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung.
Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke
Beijingpula dalam masa terdekat ini.
“Boleh dikatakan sekarang ini kami
berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa
bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting
Highlands.
“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa
yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini
buat kami berdua, Alhamdulillah,”cerita Memey mengenai hubungannya
bersama bekas isteri Norman Hakim itu.
Bercerita mengenai kandungan dan
persiapan sebelum bersalin, Memey menjelaskan persiapan masih lagi
diperingkat awal. Dia juga belum lagi mengidam sebarang menu yang pelik
semenjak disahkan mengandung akhir Jun lalu.
“Abang Norman dan saya dah merancang
untuk membuat persiapan rapi bila kandungan memasuki usia tujuh bulan.
Cuma lokasi untuk bersalin sahaja yang dah dikenalpasti iaitu tempat
yang sama ketika Abby bersalin dulu.
“Semua aktiviti seni saya hentikan
dahulu untuk berehat. Lagipun saya sering alami contraction dan morning
sickness yang agak teruk. Jadi sekarang ini saya lebihkan rehat tetapi
saya memang teruja menunggu kelahiran ini.
“Kalau pasal mengidam buat masa ini
belum lagi teringin nak makan yang pelik-pelik. Setakat benda yang ada
depan mata sahaja tapi tak tahulah lepas ni,”ujarnya berseloroh ditanya
mengenai pengalaman pertama mengandung.
Menurut aktres kelahiran Johor ini, dia
dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Februari tahun hadapan. Memey
dan Norman yang berkahwin pada 24 September tahun lalu telah
menghabiskan ulangtahun pertama perkahwinan mereka di Medan atas tajaan
Air Asia untuk program Destinasi Cinta Bersama Air Asia.
haa, bgos2 la cmnie, alhmdulillah :)